Quantcast
Channel: ::Lihatlah Kebenaran Dengan Mata Hatimu::
Viewing all 97 articles
Browse latest View live

Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w, 1434H

$
0
0
Suasana sekitar program Malam Penghargaan Rasulullah s.a.w anjuran kerjasama Halaqah Kemajuan Muslim (HIKAMS), Madrasah al-Khairat, Kuching dan Pustaka Negeri Sarawak. Program telah diadakan pada 3 Februari 2013, Ahad yang lepas. Tahniah diucapkan atas penganjuran. Semoga usaha seumpama ini dapat diteruskan dan disusuli dengan rajin menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di sekitar Kuching.

Saya terimbau kata-kata Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki dalam kitab "40 Hadith Keistimewaan Rasulullah s.a.w" oleh al-Allamah Syeikh Siddiq al-Ghumari, memperkatakan bahawa cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta yang diusahakan. Berbeza dengan cinta ataupun naluri semulajadi  manusia mencintai ayah dan bonda, suami isteri dan anak-anak, cinta tersebut datang dengan sendirinya. Akan tetapi, cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta yang dicari, dipupuk dan disemai, boleh jadi menentang kemahuan peribadi dirinya, kerana cintanya itu adalah berlandaskan cinta yang hakiki kepada Allah dan Rasul...



Para guru Ahlul Bait... Habib Mohamad bin Alwi al-Attas, mudir Madrasah al-Khairat (paling kanan) dan Habib Izzudin bin Wan Kamaludin al-Aidrus, mudir Rubat Raudhatul Mustofa (memegang mikofon). Semoga Allah memberi petunjuk kepada para guru-guru ini, meneguhkan dakwah mereka, dan membuka hati-hati anak muda untuk mendekati dan mendapatkan manfaat daripada mereka... amiin.

                                      
Marilah tanam benih-benih cinta kepada Sang Kekasih-Nya, Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w. Semailah ia, jagalah ia dan lindungilah cinta itu dengan ilmu...

Allahumma solli wasallim wabaarik 'alaih!

Program TG Syeikh Nuruddin al-Makki al-Banjari di Kuching

$
0
0
Ayuh, rebutlah peluang berada dalam taman-taman syurga... majlis ilmu. Raihlah sebanyak manfaat sebaiknya, bukan selalu ulama ini, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Makki al-Banjari mengunjungi bumi Sarawak... 

Alhamdulillah, kehadiran beliau kali ini adalah berkunjung ke ibu negeri Sarawak, Kuching. Di sana sudahpun meriah dengan majlis-majlis ilmu dan budaya berguru kian disedari akan kepentingannya. Alhamdulillah, kemunculan majlis-majlis yang banyaknya bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. mencintai Sayyiduna Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w mendapat sambutan luar biasa.  

Sedikit latarbelakang biografi beliau, didapati di kitab karangan beliau, Martabat Ilmu &; Ulama dan Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman:

Beliau dilahirkan pada 1 September 1960 dan berasal dar Banjarmasin, Indonesia. Kemudian, beliau dan keluarganya menetap di Tanah Suci Makkah pada tahun 1974. Pada tahun 1983, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir di peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah.       


Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, beliau menumpukan perhatian untuk mencurahkan ilmu kepada ribuan penuntut yang datang dari Asia Tenggara, termasuklah Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menimba ilmu di sana, sehingga beliau telah mendapat gelaran al-Azharus Tsani (al-Azhar yang Kedua), satu gelaran yang terhormat dan tulus daripada masyarakat Universiti al-Azhar sendiri. 

Antara keistimewaan beliau ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad. Menurut al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll, antara keistimewaan menghadiri majlis beliau adalah keutamaan menjaga adab dalam majlis ilmu. Peranan Syeikh sebagai pendidik menekankan disiplin kepada para pendengar dan penuntut agar menghormati majlis ilmu yang sedang berjalan.

Beliau telah menubuhkan rangkaian pondok di Bogor, Indonesia, Kelantan, Kedah, dan Johor. Setakat ini, beliau telah menghasilkan lebih 80 buah buku dan manuskrip, termasuklah 40 Mutiara Hadith daripada 40 Buah Kitab, al-Ilhatah - Menyingkap Persoalan Haid, Nifas dan Istihadah, at-Tamassuk bil Kitab was-Sunnah dan banyak lagi.

Syeikh Nuruddin merupakan seorang ulama yang tinggi ilmunya. Namun demikian, seperti yang dinyatakan tadi, beliau sangat menjaga adab dalam majlis ilmu. Inilah keistimewaan beliau, dalam mendisiplinkan masyarakat agar meraih barakah dengan menjaga adab-adabnya. Ini kerana, berkat ilmu yang disampaikan adalah dengan menjaga adab-adab yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para ulama.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini di Bintulu (Disember 2012) dan semasa belajar di Semenanjung Malaysia, beberapa saranan ingin saya anjurkan sebagai panduan ketika berada dalam majlis beliau. Beberapa cadangan ini adalah bagi melancarkan perjalanan program. Semuanya pernah ditegur oleh Syeikh untuk mendidik pendengarnya yang tersilap pandang dalam menjaga adab majlis ilmu:

                                  

1.  Sila tumpukan perhatian sepenuhnya dalam majlis beliau. Matikan telefon anda, ataupun dalam mod senyap. Jangan melayan telefon ataupun seumpamanya. Jika mahu juga melayan telefon, sila keluar dari lingkungan pengajian untuk berurusan.

2. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya dalam majlis. Jangan bercakap dengan sesiapa di sebelah anda. Bahkan elakkan daripada melihat jam tangan.

3. Jika anda anda anak-anak kecil, kawal mereka agar tidak terlalu bising bermain sehingga mengganggu perhatian majlis. Apatah lagi bermain-main dan berlari-lari.

Ayuh, bawalah ahli keluarga, jiran tetangga, komuniti, rakan sepejabat dan sahabat-sahabat anda untuk menghadiri taman-taman syurga iaitu majlis ilmu...
                                   
Sebelum terlupa, jika ada wang lebihan bulan ini, bawalah untuk membeli kitab-kitab al-Fadhil Syeikh yang selalunya dijual ketika program berjalan. Bawalah sebagai ole-oleh untuk ditatap dan disimpan sebagai khazanah yang digunakan sehingga ke generasi-generasi mendatang. Amiin... 

Sebarkan makluman program ini. Semoga kita juga mendapat kelebihan beramal kerana memaklumkan para pencari majlis ilmu ini. 


Mohon maaf atas salah dan silap. Sekian, terima kasih. 



Mukadimah... SYIAH...

$
0
0
                          

 Pernah suatu ketika dahulu saya bekerja di sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) di Kuching, Sarawak, pihak kami telah menerima bungkusan yang mengandungi tiga buku. Apabila membelek-belek buku-buku tebal tersebut, saya mula mengesyaki, ini bukanlah bungkusan biasa, akan tetapi keanehannya mengundang curiga. Ya, bungkusan 'istimewa' yang membawa amaran, fahaman akidah yang menyeleweng ini sudah mula tersebar di kalangan masyarakat... SYIAH.

Lazim apabila menerima buku, perkara pertama adalah membaca pendahuluan dan bahagian awal buku. Ternyata, penulis banyak menggunakan ayat-ayat al-Quran dengan akal kepalanya sendiri. Hanya kerana ada sebutan ayat al-Quran yang serupa dengan bunyi SYIAH, maka Nabi Ibrahim a.s pun konon, sebenarnya adalah SYIAH mengikut tafsirannya! Allahu Allah...

Saya merencana untuk menyusun fakta asas mengenai fahaman SYIAH yang tersebar di kalangan masyarakat, terutamanya di kalangan remaja. Ini kerana terdapat beberapa soalan asasi tentang hal ini pernah ditanyakan kepada saya, antaranya, adakah fahaman ini dibuat oleh Sayyidina Ali? 

Perlu terbit kebimbangan kerana hal ini melibatkan persoalan pokok, iaitu bersangkut paut dengan soal akidah. Ternyata daripada kajian para ulama yang muktabar Ahli Sunnah wal Jamaah (golongan majoriti umat Islam),  SYIAH ini menyimpang dari ajaran yang sebenar. Tambahan pula, fahaman ini menyusup bukan sahaja masyarakat awam, akan tetapi di kalangan profesional, bijak pandai, parti politik, penulisan, media massa dan tidak terlepas, institusi pengajian tinggi. 

Perkara ini tidak boleh dipandang enteng, walaupun di peringkat permulaan. Saya terkenangkan, aliran Islam Liberal pada awal bertapak di Indonesia tidak diatasi dengan serius pada awal-awal. Akan tetapi, daripada seorang yang dianggap tidak begitu berbahaya, jika dahulu kocakan dalam kolam tersebar luas, rasanya sekarang seakan-akan tsunami melanda.

Sebagai langkah awal, beberapa ciri fahaman SYIAH yang perlu diketahui. Berikut adalah perkongsian daripada seorang penuntut dan guru, Ustaz Iman Daud yang sedang melanjutkan pelajaran di negeri yang terkenal sebagai pusat ilmu dan ibadah, Tarim di Hadhramaut, negara Yaman. Fakta-fakta ini diambil daripada kitab tauhid daripada Ahlus Sunnah wal Jamaah. Ciri-ciri fahaman SYIAH adalah:

                             
1. Mengatakan Sayyidina Ali radiyallahuanhu adalah khalifah yang sepatutnya dilantik selepas kewafatan Rasulullah salallhu alaihi wasslam dengan bersandarkan hadith "Ghadir Khum."



2. Menggantikan nama 'khalifah' kepada 'Imam'.. Ahlussunnah wal jamaah merujuk Imam untuk para ulama muktabar.



3. Pengertian 'Ahli Bait' bagi kaum SYIAH ialah Siti Fatimah, saidina Ali, saidina Hasan & Husein, menantu dan cucu cucu Nabi. Isteri-isteri Nabi s.a.w menurut mereka bukan Ahli Bait (keluarga baginda s.a.w).

Majoriti negara Iran kini adalah berfahaman Syiah.








4. Orang berfahaman SYIAH percaya kepada silsilah 12 Imam dan imam yang ke-12 ialah Imam Mahdi. Menurut kepercayaan mereka, Imam yang ke 12 tidak wafat tapi melainkan lenyap bersembunyi di suatu tempat persembunyian di sebuah rumah di kota Samara' (Iraq). Hingga kini mereka yang di Samara' berkumpul tiap malam di rumah tersebut di depan lubang yang ada dalam rumah itu dan memanggil-memanggil agar Imam itu keluar.


5. Pandangan sebahagian kaum SYIAH terhadap Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar & Sayyidina Uthman radiyallahu anhu adalah perompak/perampas terkutuk bahkan ada yang mengkafirkan mereka. Nauzubillah. Walaupun SYIAH aliran Zaidiyyah tidak mengutuk mereka, fahaman tersebut tergelincir daripada aqidah yang haq (benar).


6. Persoalan Imam yang lenyap adalah perkara pokok dalam fahaman SYIAH. Fahaman Imamah percaya, bahawa Imam yang ke-12 telah lenyap dan akan muncul kembali. Syiah Ismailiyah pula berkeyakinan Imamnya yang ke-7 yakni Ismail Bib Jaafar Shadiq telah lenyap & akan lahir pada akhir zaman. Manakala Syiah lain beranggapan yang imam yang ke-5 akan muncul pada akhir zaman.


                                
7. Antara aliran-aliran Syiah ada terdapat Sabaiyah yakni aliran Abdullah bin Saba'. Dia pernah mengatakan bahawa dalam kitab Taurat, setiap Nabi mempunyai Washi (semacam putera mahkota) dan Sayyidina Ali ialah putera mahkota dari Nabi Muhammad s.a.w. 


Menurut dia lagi, Sayyidina Ali diangkat ke langit ketika terbunuh dan yang terbunuh itu bukan Saiyyidina Ali. Akan tetapi hanyalah orang yang menyerupai beliau sebagaimana cerita Nabi Isa a.s. Manakala kononnya suara-suara guruh adalah suara Sayyidina Ali yang marah dengan tindak tanduk Sayyidina Muawiyah. Mereka akan mengucap 'Assalamualaikum ya Amirul Mukminin' apabila mendengar bunyi guruh.




8. Sebahgian daripada mereka percaya bahawa ruh Imam-imam itu turun-menurun dari Imam Ali hingga ke imam ke-12 sehingga roh menjadi sangat suci.



9. Fahaman Syiah Beri'tiqad (percaya / berpegang) dengan at-Taqiyah, yakni menyembunyikan fahaman. Ia salah satu asas fahaman Syiah yang berpelakuan menyembunyikan fahaman sebenar & mezahirkan yang lain dalam hati. Jika orang Ahlus Sunnah wal Jamaah (golongan majoriti umat Islam) yang berkuasa, mereka akan berpura-pura menjadi Ahlus Sunnah wal Jamaah.


10. Tidak menerima Ijma' kerana bagi mereka membenarkan ijma bermaksud mendengar pendapat orang diluar faham Syiah. Fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah menerima qias & ijma' sebagai sumber hukum selepas al-Quran & Sunnah.



11. Nikah Muta'ah adalah halal menurut fahaman Syiah. Menurut para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah, pernikahan muta'ah adalah tidak sah. Maka bagaimana mereka mengaku mereka adalah Ahlul Bait (keluarga baginda Nabi Muhammad s.aw) sedangkan nasab mereka putus kerana pernikahan yang tidak sah?


Inilah fahaman syiah yang perlu diketahui serba sedikit secara ringkas agar kita menjauhi fahaman ini. 

Keterangan yang keliru : Fahaman ini bukan diasaskan oleh Sayyidina Ali radiyallahu anhu. Selain daripada itu, ada orientalis menerangkan bahawa fahaman syiah itu iallah fahaman yang mencintai saiyidina Ali atau golongan yang mencintai ahlul bait Rasulullah. Ia satu keterangan yang sangat keliru kerana Ahlus sunnah wal Jamaah dan seluruh umat islam mencintai ahlul bait khususnya sayidina Ali r.a.




Wallahua'lam...



Ziarah Ilmu Ustaz Azahar Hashim dan Kuching Berselawat III

$
0
0

Insya-Allah pada hujung bulan Mac 2013 ini warga Kuching cukup bertuah kerana diserikan lagi dengan taman-taman syurga, iaitu majlis ilmu daripada agamwan Ahli Sunnah wal Jamaah. Pada waktu tersebut, satu ziarah ilmu oleh yang berbahagia Ustaz Azahar Hashim, Pimpinan Majlis Ta'alim Rahmatan Lil 'Alaminakan menemui masyarakat Kuching. Beliau merupakan panel program Turath Ulama'  yang disiarkan oleh RTM TV1 (Selasa dan Rabu 6.30-7.00 petang). 
Ustaz Azahar Hashim al-Hadhromi
(gambar daripada blog sdr. Izzat Syahid)
Beriringan bersama beliau adalah kumpulan penyebar selawat dan mahabbah kepada Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w, iaitu AlMawlid dan Kumpulan Qosidah Majlis Ta'alim Rahmatan lil 'Alamin. Mereka akan bersama-sama bergabung dengan kumpulan qosidah di Kuching bagi menjayakan program tahunan di Kuching, iaitu UNIMAS BERSELAWAT II dan KUCHING BERSELAWAT III. Marilah kita bersama-sama menghadiri majlis, semoga kita mendapat manfaat daripada mereka. Moga dengan kehadiran di majlis seperti ini dapat memandu membaiki dan mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya. Amiin... 

Sila rujuk agenda program-program seperti yang tertera di bawah:


Rabu, 27 Mac 2013

                           
1. Program : "Bicara Santai Almawlid Bersama Staf UNIMAS"
    Tempat   :  UNIMAS
    Masa       :  2.00 -5.00 petang 


3. Program    : Kuliah Maghrib 
    Tempat       : Surau Al Falah, Samariang Phase 3 
    Pengisian   : Ustaz Azahar Hashim (qasidah oleh Kumpulan Maulid Madrasah Al Khairat  
                          Kuching).


2. Program : UNIMAS BERSELAWAT II

    Tempat   : Arena Gemilangm Detar UNIMAS
    Masa       : 8.30mlm-10.30mlm
    Syor        : Digalakkan membawa sejadah sendiri dan berwuduk awal


                             





Khamis, 28 Mac 2013


                               

1. Program       : Kuliah Subuh 
   

    Tempat          : Masjid Qurawiyyin, UiTM Kota Samarahan
    Penceramah : Ustaz Azahar Hashim

2. AlMawlid@UiTM (promo KUCHING BERSELAWAT 3)


3. Program         : Kuliah Perdana 

    Tempat           : Dewan Ibu Pejabat HIKMAH Kuching
    Penceramah  :Ustaz Azahar Hashim
    Masa               : 3.00 petang 

                              


4. Program       : 
Majlis Ratib Al-Attas

    Tempat         : Wisma Wanita, Biro Wanita, Samariang (berdekatan PERYATIM Kuching dan                         
                            Taman SUKMA) 
    Masa              : Bermula 6.30 petang
    Penceramah  :Ustaz Syed Mohammad bin Alwi al-Attas (dikenal sebagai Habib Mohamad 
                             al-Attas, Mudir Madrasah al-Khairat, Kuching) 
                             Ustaz Azahar Hashim al-Hadhromi, Pimpinan Majlis Ta'alim Rahmatan lil 
                             'Alamin
    Istimewa        : Alunan Qosidah daripada Madrasah al-Khairat, Al-Mawlid dan Kumpulan 

                             Qosidah Majlis Ta'alim Rahmatan lil 'Alamin 


Jumaat, 29 Mac 2013


                                

1. 
Program         : Kuliah Subuh

    Tempat           :  Masjid Darul Husni wa Rahmah, Taman Hussein, Kuching
    Penceramah  : Ustaz Azahar Hashim
    
2. Program        : Tazkirah dan khutbah Jumaat
    Tempat          : Masjid at-Taqwa, Kpg. Pinang Jawa (Gita'), Kuching 
    Khatib            : Ustaz Azahar Hashim
    Istimewa        : Berselawat selepas solat Jumaat bersama AlMawlid dan kumpulan Qosidah  
                             Majlis Ta'alim Rahmatan Lil 'Alamin

                                           


3. 
Program         : Kuliah Pengajian Kitab

    Tempat           : Masjid at-Taqwa, Kpg. Pinang Jawa (Gita'), Kuching 
    Penceramah  : Ustaz Azahar Hashim
    Masa               : Bermula 3.00 petang
                              

4. 
Program        : KUCHING BERSELAWAT III, 2013

    Tempat         : Dewan Bahasa dan Pustaka, Petra Jaya, Kuching
    Tentatif         : 

           6.30 ptg  ~ Ketibaan para tetamu & jemputan kehormat.
           7.00 mlm ~ Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat Perdana & Bacaan Ratib Al- 

                               Haddad.
           8.15 mlm ~ Solat isya' berjemaah.
           8.30 mlm ~ Tayangan montaj KUCHING Berselawat III.
           8.35 mlm ~ Bacaan Maulid Ad-Dhiya ul Lami', alunan Qasidah dipimpin oleh Almawlid  

                               dan Majlis Ta'alim Rahmatan lil 'Alamin.
                              Tausiyah oleh Al Fadhil Al Ustaz Azahar Hashim al-Hadhromi, pimpinan 
                              Majlis Ta'alim Rahmatan lil 'Alamin.
          11.00 mlm ~Tamat.


Sabtu 30 Mac 2013

1. 
 Program         : Kuliah Subuh

    Tempat            : Masjid Darul Ibadah, Kpg. Samariang Lama, Kuching 
    Penceramah   : Ustaz Azahar Hashim
    

Marilah merebut peluang bersama meraih ilmu, keberkatan dan rahmat dalam majlis-majlis yang akan memberikan cahaya hati, jadilah pengembara yang kehausan akan siraman-siraman ilmu daripada para pecinta Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w...


                         


Malam Cinta Rasul 2013, Dataran Merdeka

$
0
0
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w serta para ahli keluarganya (Ahli Bait). Semoga Allah melimpahi Rahmat-Nya kepada para sahabat, para ulama muktabar serta orang-orang yang ikhlas sehinggalah Hari Kiamat.
                                      
Melihat kepada sambutan maulid Malam Cinta Rasul 2013 di Cheras Januari 2013 yang lepas, saya berpandangan para penganjur begitu bersemangat untuk menjayakan program sambutan di tempat yang lebih besar dan ramai hadirin. Insya-Allah, kita doakan agar berjaya dan selamat serta mendapat Rahmat dan manfaat daripada-Nya, program maulid seumpama ini berjalan dengan lancar pada Sabtu, 23 Mac 2013 di Dataran Merdeka akan datang ini. 
                                   
Program membawakan hadirin dan hadirat untuk bersama berzikir kepada Allah dan berselawat kepada Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w disertai dengan alunan syair maulid dan qosidah yang mengasyikkan. Sungguhpun majlis seumpama ini tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, namun daripada himpunan dalil dan huraian daripada para ulama, majlis ini amat-amat dianjurkan. Bahkan, majlis seumpama ini adalah majlis yang digalakkan oleh para ulama dan memang amalan para ulama dalam memupuk cinta kepada Penghulu Mutlak Dunia dan Akhirat, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jika anda ragu-ragu kerana dakwaan sesetengah pihak bahawa majlis seperti ini adalah majlis yang bid'ah lagi sesat, maka ada rujukannya. Anda boleh mendapatkan huraian lanjut mengenai hukum sambutan seperti ini, termasuk saranan daripada para ulama menerusi tulisan al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll dalam karya beliau "Penjelasan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama': Inilah Jawapannya...". Anda boleh rujuk dalam Bab  8: Maulidur Rasul pada mukasurat 741 sehingga 788 (47 mukasurat).

Hadirlah ke majlis ini dengan hati yang lapang dan terbuka. Anda akan merasai ketenangan yang berbeza dan insya-Allah ada manfaat yang anda dapat.

Kenangan bersama al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll (duduk, ketiga dari kanan)
 ketika Syawal 1433H
Sebagai motivasi sebelum mengakhiri entri ini, penulis mengungkapkan sepotong hadith daripada buku Pembuka Jalan Mendekatkan Diri kepada Allah, susunan guru kami Ustaz Syed Mohamad bin Alwi al-Attas (Habib Mohamad bin Alwi al-Attas, mudir Madrasah al-Khairat Kuching):


Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bersabda:

"Bahawa Allah mempunyai malaikat-malaikat khusus yang bertugas mengikuti majlis-majlis orang berzikir, apabila mereka berjumpa dengan suatu majlis zikir, mereka duduk bersama-sama orang yang berzikir sambil berkerumum memenuhi ruangan antara majlis dan langit dunia. 

Setelah majlis bubar (selesai) mereka naik ke langit dan serta merta Allah menanya dari mana mereka datang, sedangkan Allah sebenarnya lebih mengetahui dari mana mereka tiba, yang dijawab oleh para malaikat itu:

"Kami datang dari sisi hamba-Mu di bumi. Mereka bertasbih, bertakbir dan bertahlil dan bertahmid untuk-Mu, dan mereka memohon syurga-Mu dan berlindung kepada-Mu daripada neraka-Mu."

Berkata (berfirman) pula Allah:

"Aku telah mengampuni mereka serta mengabulkan permohonan-permohonan mereka dan melindungi mereka daripada api neraka."


Maka para malaikat berkata, "Ya Allah, di antara mereka ada seorang yang lewat (lalu) di majlis itu lalu duduk, dan orang itu banyak dosanya."

Maka bertanyalah Allah Taala, "Bagi orang itu pun telah Ku-ampuni, merekalah kaum yang tidak sengsara orang yang sekedudukan dengan mereka.""

                                                                                                                      (Hadith Riwayat Muslim)

Allahu'alam. Wassalam

Kolej Islam as-Sofa: Gerbang Pengajian Ahli Sunnah wal Jamaah

$
0
0

                                                                         
DIPLOMA & IJAZAH= 3 Tahun sahaja!

-Pengajian Ilmu agama secara BERSANAD

-PINJAMAN PELAJARAN disediakan bagi yang layak
-Peluang bertemu ULAMA' SEDUNIA!
-INTEGRASI pengajian TURATH dan MODEN
-1 TAHUN SAHAJA Program Ijazah di MAGHRIBI & JORDAN/INDONESIA!

Dan segala kelebihan lain, ada di sini!

Berminat untuk mendaftar? Pertanyaan lanjut?

Boleh hubungi saya, Muhammad Nu'aim bin Jeman di talian 013-2506635, melalui SMS/CALL/WhatsApp,
ATAU BBM- 2A71A793

Sebarkan!


Laman facebook Kolej Islam as-Sofa boleh didapatdi di pautan ini.

[BUKU] Perutusan Untuk Pecinta Ahli Bait

$
0
0
 “Sesungguhnya fahaman ini (Syiah) bukan sahaja mampu menggugat keamanan umat Islam tetapi lebih dari itu mampu memesong aqidah umat Islam.”                                         ~Dato’ Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki
Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w, para keluarganya di kalangan Ahli Bait, para sahabat serta orang-orang yang ikhlas meruntun jalan baginda s.aw sehinggalah Hari Kiamat.

Syukur kepada Allah, sekali lagi Dia telah memberi peluang untuk menatap sebuah kitab kecil tetapi mengandungi makna yang besar sekali. Kitab tersebut berjudul ‘Perutusan Untuk Pecinta Ahli Bait’ yang telah dikarang oleh seorang ulama muda negara, al-Musnid Dato’ Hj. Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Beliau merupakan Penasihat Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan juga Pengerusi Aqidah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Kitab ini baharu dilancarkan pada 28 Ogos 2013 yang lepas.


Kemunculan kitab ini sedikit sebanyak melegakan keresahan yang menyesakkan atas fenomena siri gelombang serangan mazhab akidah Syiah. Fahaman ini sudah menerobos segenap lapisan masyarakat, baik dalam barisan kepimpinan politik, penulisan dan media massa. Dan lebih merunsingkan lagi, pengikutnya sudah bertambah ramai. Slogan mereka menganjurkan untuk mencintai Ahli Bait (ahli keluarga baginda Nabi s.a.w), tetapi hakikatnya sebaliknya, gejala melaknat para Sahabat Baginda Nabi Muhammad s.a.w dan pelbagai penyimpangan yang lain tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.  

Masanya tepat sekali apabila masalah penyebaran fahaman menyimpan Syiah semakin menjadi-jadi dan dibimbangi menjadi barah dalam masyarakat. Di kala saat genting ini masyarakat sememangnya memerlukan jawapan daripada para ulama dengan tuntas lagi meyakinkan. Kita tidak mahu masyarakat berpecah-belah kerana perbezaan akidah yang sudah zahir akhirnya menumpahkan darah. Lihatlah di Timur Tengah, sehingga kini pergeseran Sunni-Syiah masih berterusan seolah-olah tiada akhirnya.

Ruangan 'Bahaya Syiah' Majalah Q&A Isu  20
 Dalam masa setahun kebelakangan ini, pendedahan mengenai kesesatan mazhab akidah ini tersebar melalui laman sosial Facebook. Saya terkenangkan dahulu seorang dua sahaja remaja yang pernah bertanyakan akan kekeliruan Syiah dan Sayyidina Ali karamallahu wajhah, namun mutakhir ini saya melihat remaja khususnya sudah peka akan hal ini, bercerita akan amalan-amalan dan pegangan pelik yang mereka lakukan.


Entri kali ini bukanlah bertujuan untuk mengupas apatah lagi menghuraikan lebih mendalam. Sebagai orang awam, tanggungjawab adalah untuk menyebarkan kalam-kalam ulama yang mempertahankan keluhuran mazhab majoriti umat Islam, yang mengikuti jalan baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda s.a.w.

Walaubagaimanapun, setelah membaca kitab ini, saya ingin kongsikan sekilas pandang mengenainya, dan berkongsi panduan asas bagi sesiapa yang baharu memahami apakah di sebalik fahaman Syiah:
     
             1.  Saya dimaklumkan oleh seorang sahabat bahawa kitab ini adalah rumusan daripada telaah Tuan Guru Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki atas banyak kitab ‘muktabar’ asli yang ditulis oleh ulama-ulama besar Syiah. Oleh sebab itu, kita akan mendapati bahawa banyak daripada pendedahan yang dihuraikan jarang pernah didengar dalam rujukan-rujukan dalam Bahasa Melayu (setakat pembacaan saya) sebelum ini.

      2. Kitab ini adalah ‘extension’ ataupun kupasan lanjutan mengenai mazhab akidah Syiah. Pada pengamatan saya, bagi sesiapa yang baru hendak mengenal ataupun mengkaji bermula daripada kitab ini mungkin memerlukan maklumat-maklumat asas ataupun gambaran umum mengenai kerangka mazhab Syiah, peristiwa sejarahnya dan perbezaan mazhab ini dengan mazhab akidah majoriti umat Islam, iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah.

          3. Terdapat sejumlah nota kaki yang menerangkan sesetengah istilah asas mengenai isu yang dibicarakan. Sebagai contoh Taqiyyah (berbohong demi agama; salah satu rukun Syiah).

     4.  Kitab ini disusun dalam perenggan-perenggan yang dihimpunkan mengikut isu tertentu.

     5. Perenggan demi perenggan banyak membicarakan percanggahan dalaman orang Syiah itu sendiri terhadap doktrin mereka lantas membersihkan para Sahabat baginda s.a.w terutamanya daripada tuduhan-tuduhan liar dan palsu mereka.

Oleh sebab itu, saya mencadangkan pembaca mendapatkan maklumat asas dahulu sebelum membaca kitab ini. Anda boleh mendapatkan penjelasan tersebut:

        1. Kertas Kerja ‘Syiah Imam Dua Belas: Penyelewengannya dari Jalan Ahlul Sunnah wal Jamaah’
Kertas kerja ini telah disusun oleh Datuk Hj. Wan Zahidi bin Wan Teh (2009) yang diterbikan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Jabatan Perdana Menteri.

Prebiu:  
Kertas kerja ini menawarkan gambaran yang komprehensif mengenai mazhab Syiah (Imam Dua Belas) ini. Pengkajian mencakup mengenai asas mazhab itu sendiri dalam segenap bidang daripada sumber kitab dan ulama Syiah sendiri. Dalam bahagian kedua, dihuraikan dengan lanjut mengenai kekeliruan tentang Ahlul Bait (ahli keluarga baginda  Nabi Muhammad s.a.w). Hakikatnya dalam Ahli Sunnah wal Jamaah dianjurkan untuk mencintai Ahli Bait, menghormati dan menyanjung mereka. Tidak seperti Syiah yang mengaku mencintai sebahagian, tetapi anehnya menyingkirkan, mendendami, melaknat bahkan mendoakan kehancuran Ahli Bait yang mereka benci!

Pautan:
Bahagian I: Akidah 'Imamah' di Sisi Syiah Isna 'Asyarah
Bahagian II: Ahlul Bait Menurut Sunnah dan Syiah 

Penerbitan baru (2012) daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan adalah himpunan penulisan akademik yang bertajuk 'Hakikat Syiah' semasa Seminar Pemurnian Akidah Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 2007. Klik untuk muat turun di pautan ini.



    3. Kitab Q&A bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Kitab ini merupakan himpunan soal jawab Syeikh Nuruddin yang terkumpul selama 12 jam, disusun semula oleh anak murid beliau al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll. Kitab ini merangkum persoalan akidah, fiqh (fekah), tasawuf (akhlak) dan umum. Terbitan PSN Publications, 2012.

Prebiu:
Pengenalan mengenai mazhab Syiah dijawab dalam bab awal kitab ini dalam bahagian akidah. Syeikh secara ringkas dan tuntas menjawab mengenai pecahan mazhab ini dan penyimpangannya. Ustaz Muhadir menyediakan nota kaki bagi sesetengah istilah (yang lazimnya dalam bahasa Arab), rujukan, ulasan lanjut dan biografi tokoh yang disebut.

 4.  Majalah Q&A

Majalah wadah penyampai Ahli Sunnah wal Jamaah ini memaparkan ruangan ‘Bahaya Syiah’ (sebelum ini ruangan Bicara Muftioleh Dr. Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan) mengenai Syiah secara konsisten. Mutakhir ini dalam Isu 21 (2013), Galeri Ilmu memberi perhatian akan 
mencintai sahabat baginda Nabi Muhammad s.a.w, secara khususnya Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Juga diutarakan adalah golongan Anti-Sahabat yang begitu membenci, mendendami dan melaknat para Sahabat, tidak lain tidak bukan adalah golongan Syiah.

5. Kitab Fitnah Syi’ah

Dikarang oleh al-Habib Salim ibn Ahmad bin Jindan radhiyallahu ‘anhu. Kitab ini diterjemahkan oleh Lujnah Penyelidikan Yayasan Sofa Negeri Sembilan (bawah seliaan Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki. Diterbitkan pada tahun 2008.

Prebiu:
Kitab ini dikarang oleh seorang ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dari Indonesia, al-Habib Salim ibn Ahmad bin Jindan radhiyallahu ‘anhu. Kitab ini menghuraikan lebih mendalam mengenai doktrin Syiah. 



Saya secara peribadi mengucapkan sekalung penghargaan buat usaha yang telah dilaksanakan oleh al-Musnid Dato’ Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki serta warga Yayasan Sofa yang bertungkus-lumus menyiapkan kitab ini untuk tatapan umum. Semoga Allah memberikan manfaat bagi sesiapa yang mahu mencari kebenaran. 

Semoga Allah meneguhkan dakwah mereka, melindungi daripada fitnah, semakin bersemangat dalam mempertahankan Ahli Sunnah wal Jamaah. Semoga Allah jadikan orang-orang yang mengambil manfaat daripada mereka, insya-Allah. Mohon maaf segala salah dan silap yang sememangnya layak ditegur dalam bicara kali ini. Akhir kata, saya teringat akan kata-kata seorang ulama (lupa namanya):

“Sebelum kenal Syiah, kenali lah dahulu Ahli Sunnah wal Jamaah!”

Ayuh mari berpijak di jalan yang lurus. Mari tingkatkan ilmu dan amal. Ayuh pertahankan kerangka Ahli Sunnah wal Jamaah yang telah diwariskan kepada kita oleh Kekasih-Nya Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w yang didokongi para sahabat baginda!

[BUKU] Kitab Fadha’il Amal

$
0
0
Segala Puji bagi Allah, Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w dan Ahli Bait (keluarga) Baginda, para sahabat, tabi’in, pengikut tabi’in, ulama muktabar serta orang yang ikhlas meruntun jalan Baginda s.a.w sehinggalah Hari Kiamat.

Kenang-kenangan beliau mensyarahkan kitab Siyarus Salikin
di Masjid Darul Falah USJ 9, 2009.
Syeikh Ahamad Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Banjari[i] pernah mengungkapkan tanda berkatnya tulisan karya seseorang. Dalam mukadimah (pengenalan) kitab kemaskini dan huraian kitab Hidayatus Salikin (Petunjuk Jalan Bagi Orang yang Takut kepada Allah Taala) karangan asal Syeikh Abdu Samad Falimbani (wafat abad ke-19), beliau mengungkapkan seperti berikut:

“Dari sudut lain kita dapat melihat keberkatan kitab ini (Hidayatus Salikin), apabila ia terus dibaca di pondok-pondok (madrasah sistem talaqqi), di surau-surau dan di masjid-masjid sebagai teks bacaan orang ramai. Ini menunjukkan kepada kita bahawa kitab ini diberi berkat oleh Allah Taaladari sebab keikhlasan pengarangnya. Di samping memang terbukti pula kesan yang baik yang timbul bagi setiap orang yang mentelaahnya dengan niat mencari ilmu yang memberi manfaat dan untuk mengamalkannya.” (pp. viii, Hidayatus Salikin)
Kitab Hidayatus Salikin karya Syeikh Abdus Samad
Falimbani rahimahullah, disemak oleh Syeikh Ahmad Fahmi
Zam Zam an-Nadwi al-Banjari

Ciri keberkatan sesuatu karya ini mengingatkan kepada kita salah satu kitab yang paling mungkin terdapat di mimbar surau ataupun masjid, ataupun di rak-rak buku setelah al-Quran seta buku Yaasin dan Tahlil. Kitab ini huraiannya dibaca hampir setiap hari di banyak surau dan masjid, setidak-tidaknya selepas waktu Maghrib atau Isyak. Kadang-kadang adanya dibaca mengisi masa ketika sebelum azan solat Jumaat. Kitab ini diberi judul Fadhilat Amal ataupun Fadha’il Amal (Kelebihan-kelebihan Amal). Kitab ini ditulis oleh al-Imam al-Allamah Hazrat Syeikh Maulana Zakariya Kandahlawi Rahmatullah ‘Alaih (semoga Allah merahmati beliau), seorang ulama hadith tersohor dari India pada abad ke-20.


Biodata Ringkas Pengarang

Syeikh Maulana Zakariya Kandahlawi merupakan seorang ulama muhaddithyang  besar jasanya kepada umat Islam. Beliau menghabiskan hayat beliau berkhidmat untuk kekasihnya Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w dengan belajar dan mengajar ilmu hadith selama 60 tahun. Beliau mengarang banyak kitab, kitab terbesar beliau Awjazul al-Masalik (yang selesai dikarang setelah 40 tahun ditulis) adalah huraian(syarah) kepada kitab hadith Muwatta’ yang dinukilkan oleh Imam Malikrahimahullah.

 Menurut riyawat ringkas beliau dalam Majalah Q&A Isu #16 (April 2013), Syeikh Maulana merupakan seorang yang gigih menuntut ilmu. Beliau mengutamakan perhatian dalam keberkatan belajar daripada guru. Beliau membesar dalam persekitaran ilmu dan ulama. Tidak hairanlah beliau belajar ilmu agama daripada ulama-ulama seperti ayahnya sendiri, Maulana Yahya Kandahlawi, antara lain Maulana Rashid Ahmad Gaghori dan Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri.

Kitab terbesar Maulana Zakariyya; iaitu 
 kitab Aujazul Masalik, huraian kitab Muwatta' 
karangan Imam Malik r.m.h. Beliau menyusun kitab
 ini selama 40 tahun dalam
16 jilid.
Diceritakan bahawa pada tahun akhir pengajian hadith, beliau berazam untuk tidak meninggalkan pengajian sebuah hadith pun tanpa berguru. Beliau dan rakan sekelasnya Hasan Ahmad memastikan diri mereka dalam keadaan berwuduk. Kedua-duanya berpakat, jika salah seorang mereka terpaksa ke tandas atau membaharui wuduk, maka yang tinggal di kelas akan menanyakan soalan-soalan sehinggalah yang keluar tadi kembali. Akhirnya guru mereka terperasan perbuatan mereka. Pada suatu hari, apabila rakan Maulana yang bernama Hasan Ahmad tadi keluar, Maulana menanyakan soalan kepada gurunya. Tetapi gurunya ketawa dan berkata, “Tidak mengapalah, sementara kita tunggu Hasan Ahmad datang, aku akan ceritakan kamu satu kisah. Tidak payahlah aku bertaurung menjawab berkenaan kenyataan Fathul Qadir (sebuah kitab) kamu itu.”

Himpunan kitab telaahan Maulana Zakariyya, di
blog Taman-taman Ilmu dan Para Solihin.
Beliau sentiasa memanfaatkan masa untuk belajar. Apabila beliau dan bapanya Maulana Yahya Kandahlawi pulang ke kampung, mereka akan berdiskusi tentang ilmu di setiap masa yang ada. Iaitu ketika menunggu keretapi, ketika menaiki keretapi. Setelah itu  disambung lagi dalam perjalanan dari stesen keretapi ke rumah walaupun dekat. Dan kemudian perjalanan balik ke madrasah kembali. Apakah masih ada tabiat seperti ini di kalangan kita? Terlebih lagi golongan terpelajar mahasiswa?

“Sebenarnya seorang ulama tidak akan lahir sebagai ulama dengan sendiri. Malah lahirnya seorang ulama adalah melalui keberkatan berhubungan dengan ulama lain. Ini kerana ilmu bukan hanya apa yang ada di atas kertas, malah ilmu itu nur yang terpancar daripada mereka yang menerima cahaya Nubuwwah.”
(Mukadimah Taqrir Bukhari ms. 29 dan Aap Beti ms. 96, Majalah Q & A Edisi 16 (April 2013))


Sekilas Tentang Kitab Fadha’il Amal



Kediaman Maulana Zakariyya Kandahlawi, di
Di tangan penulis merupakan edisi terkini kitab Fadhilat Amalcetakan 2013. Kitab ini memuatkan bab-bab yang terlengkap di Malaysia setakat ini. Kitab ini merupakan kompilasi kepada beberapa kitab yang beliau karang, iaitu:

  1. Kitab Para Sahabat
Menghimpunkan banyak kisah daripada kalangan Sahabat Baginda Nabi Muhammad s.a.w, baik dari aspek ketakwaan, keghairahan dalam taat dan ibadat, amanah, kepahlawanan, kepatuhan dan kasih sayang yang tiada tara kepada Baginda s.a.w. Maulana mengungkapkan bahawa cerita-cerita orang yang soleh dan hampir kepada Allah ini harus dibaca berulang-ulang agar memberi kesan di hati kita. Mereka inilah insan yang terbaik pernah berjalan di muka bumi setelah Baginda s.aw. Mengasihi mereka bermakna mengasihi Rasulullah s.a.w. Mengasihi Baginda s.a.w bermakna mengasihi Allah, Tuhan Semesta Alam.

  1. Fadhilat Quran
Menghimpunkan dan menghuraikan 40 hadith tentang kelebihan membaca al-Quran.

  1. Fadhilat Solat
Menghimpunkan tentang kelebihan solat, amaran dan celaan meninggalkan solat, kelebihan solat berjemaah, amaran meninggalkan solat berjemaah, tentang khusyuk dan orang-orang soleh yang mengungguli kehidupan mereka dengan solat.


  1. Fadhilat Zikir
Menghimpunkan banyak kelebihan bacaan kalimah zikir yang sudah lazim dalam masyarakat yang mudah diamalkan, tetapi berat timbangannya di sisi Allah. Misalan, zikir Laa ilaha illlallah (Tiada Tuhan selain Allah), Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdulillah(Segala Puji Bagi Allah), Allahu Akbar (Allah Maha Besar). Saya berpandangan huraian beliau berlandaskan perkongsian pengalaman kerohanian beliau melalui tarbiyah (pendidikan) daripada masyaikh (syeikh-syeikh) beliau. Selayaknya beliau memperkatakan hal ini kerana berada di jalan berguru dan merasai kelazatan berzikir. Allahu’alam.

  1. Fadhilat Tabligh
Perpustakaan peribadi Maulana
Zakariyya. Kredit untuk
 blog Taman-taman Ilmu dan Para Solihin.
Tabligh menurut ilmu akidah (perbahasan mengenai pokok pangkal pegangan keimanan) adalah salah 
satu daripada sifat wajib iaitu menyampaikan dakwah yang ada pada seorang rasul. Namun demikian, daripada semua rasul dan umat mereka, hanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewariskan tugas dan tanggungjawab menyampaikan agama Islam kepada umatnya kepada manusia sejagat. Dalam bab ini beliau memberikan panduan dan nasihat daripada hadith Baginda Nabi s.a.w khusus bagi insan yang berkecimpung dalam berdakwah.

  1. Fadhilat Ramadhan
Bahagian kitab ini amat berguna terutama sekali sebagai menyediakan suasana untuk menyambut Ramadhan. Sebaiknya apabila tiba bulan Rejab (bulan ketiga sebelum Ramadhan), bahagian ini sudah mula dibaca. Beliau menghimpunkan hadith-hadith mengenai kelebihan Ramadhan, Lailatulqadar dan adab-adab beriktikaf dan beribadah di masjid pada bulan yang mulia itu.

  1. Kemunduran Umat dan Penyelesaiannya
Kitab Fadhail Amal ini begitu sinonim bagai kembar yang tidak dapat dipisahkan daripada satu jemaah dakwah yang kita maklumi, iaitu Jemaah Tabligh. Oleh sebab kupasan yang menyeluruh, kitab ini menjadi silibus umum jemaah tersebut dalam bekalan dakwah mereka. Walaupun begitu, tidak bermakna orang yang tidak menyertai kerja dakwah mereka tidak menatap kitab ini. Sebaliknya, orang awam juga boleh membaca dan mengambil manfaat daripadanya.

Keistimewaan Kitab Ini

1. Keistimewaan kitab ini adalah Maulana menyatakan hadith dan huraian yang bersesuaian menurut tertib panjang teks (matan) hadith. Panjang teks dan huraian tersebut adalah mengikut turutan; daripada huraian pendek dan semakin panjang. Bagi memudahkan orang awam membaca, beliau menyatakan keududukan hadith secara ringkas. Untuk kajian agamawan, beliau menyatakan dalam Bahasa Arab. Setiap hari kita boleh memperuntukkan masa yang bersesuaian dengan panjangnya berdasarkan kelapangan masa kita.

2. Beliau menghuraikan hadith lengkap daripada ayat al-Quran, hadith ataupun kisah-kisah daripada para nabi-nabi, para rasul, para sahabat, orang soleh dan para wali di mana yang sesuai. Beliau menghuraikan beserta dengan nasihat dan teguran yang ikhlas daripada pengamatan beliau sebagai ahli ilmu. Huraian adalah senang difahami. Cuma kadang-kadang terdapat istilah-istilah ataupun konsep kesufian memerlukan penjelasan lanjut.


3. Kitab ini bukan sahaja sesuai dibaca di surau ataupun masjid pada waktu luang ataupun setelah solat, akan tetapi bersesuaian juga untuk dibaca di rumah, tempat kerja ataupun di mana-mana yang bersesuaian. Bahkan, dengan kisah-kisah yang dimuatkan, kitab ini juga sesuai untuk para pendidik agama, terutama sekali Guru Pendidikan Islam (GPI) ataupun KAFA (Kemahiran Al-Quran dan Fardhu Ain).

4. Jika kita teliti, Maulana Zakariya merupakan seorang yang sangat tawaduk (rendah diri). Meskipun beliau telah mengarang banyak kitab, berguru dengan para ulama mengajarkan ilmu hadith kepada ramai anak murid, beliau sering merasai dirinya yang serba kekurangan dan daif. Dalam banyak tempat, beliau sering meminta pembaca untuk mendoakan beliau.

Faktor Memiliki Kitab Ini

Ada beberapa faktor yang mendorong penulis untuk memiliki kitab ini:

1. Pencetus utama adalah apabila penulis menatap sebuah lagi kitab Syeikh Maulana Zakariya, iaitu Shamail Tirmizi (gambar), atau lebih dikenali sebagai Shamail Muhammadiyyah. Kitab tersebut istimewa, bukan sahaja mengumpulkan hadith-hadith tentang keperibadian Baginda Nabi Muhammad s.a.w, bahkan Syeikh Maulana Zakariya telah mensyarahkan (menghuraikan) tentang hadith tersebut dengan kupasan yang amat menarik berdasarkan perbahasan ulama dan kaitan dengan kisah-kisah lain.

2. Pendorong kedua, iaitu amalan membaca kitab ini selari dengan salah satu daripada empat jalan untuk istiqamah dalam amalan. Saranan ini pernah dipesanoleh al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll ketika kami menziarahi beliau pada Syawal 1433H yang lalu di Kuching. Beliau mengatakan bahawa salah satu cara untuk mengekalkan motivasi dalam ibadah adalah dengan selalu mendengar ataupun membaca tentang mutu, kesungguhan dan kualiti ibadah orang-orang yang soleh.

Kenang-kenangan berhari raya dalam suasana ilmu
bersama al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll
pada Syawal 1433H.
Terdapat banyak cerita mengenai tauladanterindah Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan ahli keluarga Baginda, ulama, mujahid, para wali, pemimpin adil dan sebagainya sarat dimuatkan dalam huraian tentang hadith-hadith kitab ini. Tambahan pula Syeikh Maulana ada menyebutkan dalam bab awal kitab ini, ‘Kisah-kisah Para Sahabat’ bahawa kisah-kisah terbaik sepanjang zaman ini amat wajar ditatap oleh isteri dan anak-anak:

“Sekiranya mereka yang gemarkan kepada kisah-kisah yang sia-sia lagi dusta maka amalan mereka itu akan menjadi asbab untuk peningkatan agama dalam diri mereka. Begitu juga wanita-wanita di rumah dapat memperdengarkan kisah-kisah tersebut kepada anak-anak sebagai ganti kepada cerita-cerita dongeng. Ini akan mewujudkan keagungan dan kecintaan terhadap para sahabat dalam hati-hati merek serta kegemaran terhadap hal-hal agama. (ms. Iii, bab Kisah Para Sahabat)

 Syeikh Maulana juga menyebutkan bahawa menyebut nama-nama orang yang soleh akan mengundang turunnya rahmat daripada Allah. Beliau mengungkapkan kata-kata seorang ulama sufi, Imam Junaid Baghdadi menyatakan perkara yang sama. Saya pernah mendengar hal ini daripada Ustaz Azhar bin Hashim al-Hadhromi, pemimpin Majlis Ta’lim Rahmatan lil ‘Alaminketika majlis Kuching Berselawat IIIpada Mac 2013 lepas yang mengungkapkan kata-kata seorang lagi ulama sufi, iaitu Imam Sufyan al-UyaynahSebagai seorang awam, saya menyandarkan sangka baik terhadap ulama berkenaan yang amanah dalam menyampaikan ilmu beliau, sungguhpun beliau tidak terlepas daripada kesalahan.


3. Membaca biografi tentang rentetan riwayat hidup Syeikh Maulana Zakariya Kandahlawi dalam Majalah Q & A (terbitan Galeri Ilmu) dalam edisi April 2013 (Isu #16), telah membuka hati saya untuk menatap karya beliau. Beliau amat menitik beratkan akan ‘kehadiran dan berguru semasa menuntut ilmu.’ Dan disiplin seperti inilah yang menjemput keberkatan dalam menuntut ilmu. Begitu menarik usaha beliau yang begitu bersungguh-sungguh dalam mempelajari hadith Baginda rasul s.a.w, beliau dan rakatn beliau berazam tidak mahu mendapatkan hadith dengan berguru (yang benar).

Mari Hargai Karya Ulama

Pernah saya bertanyakan pandangan mengenai kitab Fadhail Amal ini kepada seorang kenalan mahasiswa jurusan agama tahun pertama di universiti saya. Beliau mengatakan,

“Beliau adalah penjenayah hadith. Beliau banyak meriwayatkan banyak hadith daif (lemah).”
Ketika itu niat bertanyakan adalah sebagai justifikasi bahawa Jemaah Tabligh yang sering menggunakan kitab ini adalah jemaah dakwah yang dipandang miring Ungkapan beliau telah menambah stigma negatif yang tebal dalam diri.


Setelah masa berlalu, dan adanya interaksi bersama dengan jemaah dakwah tersebut, telah merombak minda dan penyesalan. Buat sekian lama, rupanya diri menjauh daripada menatap karya daripada seorang yang Allah muliakan kerana khidmat pengarangnya kepada Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w.

Setelah disedari oleh rakan dan alhamdulillah berpeluang di majlis-majlis pengajian agama daripada agamawan Ahli Sunnah wal Jamaah di Kuala Lumpu barulah ketahuan bahawa selama ini telah terpengaruh akan aliran yang memutuskan diri daripada berhubungan dengan ulama lampau. Baharu sedar bahawa didapati hadith daif itu masih dalam darjat hadith, bukan palsu dan boleh diguna untuk kelebihan amalan. Barulah tersentak terikut-ikut akan mereka berani sekali melanggar adab kepada para alim ulama yang amanah, tulus, besar jasa dan hampir kepada Allah.

Bahkan jika kita membaca riyawat hidupa Maulana Zakariya Kandahlawi, sungguh tidak beradab dan biadab sekali kita memperlakukan seorang yang Allah muliakan. Beliau merupakan seorang yang berterusan melaksakan Sunnah Baginda Nabi Muhammad s.a.w. diceritakan oleh Ustaz Muhadir bin Hj. Joll dalam buku beliau Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah, Maulana sanggup berpuasa selama 2 bulan berturut-turut sekalipun sakit berat semata-mata kerana Rasulullah s.a.w pernah berpuasa 2 bulan berturut-turut.  


Akhirnya Maulana telah diakhiri riwayat hidup beliau di kota kekasihnya, Madinah al-Munawwarah. Di mana tempatnya? Di Jannah al-Baqi’, iaitu perkuburan para Sahabat. Alangkah mulia dan beruntungnya beliau atas penghormatan ini!

Adakah masih mahu melabel beliau sebagai penjenayah hadith? Adakah orang yang berkata sedemikian mempunyai sandaran walaupun satu hadith yang sampai sanadnya kepada Rasulullah s.aw.? Ukur baju di badan sendiri. Di manakah sangka baik dan adab kita kepada para ulama?

Penutup

Akhir kata, hargailah hidup ini dengan berkorban meluangkan sebahagian masa untuk mengerti hal agama. Pernah didengar ungkapan yang lebih kurang berbunyi:

Carilah ilmu daripada ulamaJika tiada ulama, tataplah kitab merekaJika itupun tiada,Maka banyakkanlah berselawat.

Ayuh kita belanjakan sebahagian wang kita untuk menatap kitab yang ditulis oleh seorang ulama pecinta Nabi Muhammad s.a.w ini. Tataplah dengan sungguh-sungguh dan diamalkan selama mampu. Dan doakanlah kesejahteraan pengarang seperti yang dihajati beliau, al-Imam al-Allamah Hazrat Syeikh Maulana Zakariya Kandahlawi rahimahullah. Semoga Allah merahmati beliau, mengampuni beliau, melapangkan kuburnya dan menjadikan kuburnya daripada taman-taman syurga kerana khidmatnya atas Allah dan Rasulullah s.a.w... amiin.




[i] Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari merupakan seorang ulama Nusantara yang disegani dan dikenal di kalangan masyarakat pengajian bertalaqqi. Beliau telah menulis, menterjemah dan mentahkik pelbagai kitab. Antaranya adalah tahkik kitab karangan Syeikh Abdus Samad Falimbani iaitu Siyarus Salikin dan Hidayatus Salikin. Begitu juga penterjemahan dan tulisan kitab lain seperti Bidayatul Hidayah, Ayyuhal Walad (karangan Imam al-Ghazali r.m.h), Bustanul ‘Arifin (karangan terakhir Imam an-Nawawi r.m.h), 40 Hadith Penawar Hati, 40 Hadith Akhir Zaman dan beberapa lagi. Beliau aktif mengajar di Kuala Lumpur. Beliau telah mengasaskan sebuah madrasah Maahad Tarbiah Islamiah di Derang, Kedah. 

Mengapa Orang Syiah Sambut Hari Asyura?

$
0
0
Suatu hari Ustaz Weldani bin Hj. Sidi (adik ipar baru saya) bertanya kepada saya, "Mengapa orang Syiah menyambut Hari Asyura (dengan mencederakan diri sehingga berdarah)?"

                                     

"Tentulah memperingati kematian Sayyidina Hussain (cucu Rasulullah s.a.w)." Jawab saya ringkas, tiada komentar kerana masih dikaji.

Kata beliau, "Ini kerana orang Syiah berasa bersalah membunuh Sayyidina Hussain di Karbala."

Tempat yang dikatakan makam Sayyiduna Hussain bin Ali
(radhiyallahu 'anhuma) yang telah terbunuh di Karbala.
Tempat ini menjadi 'tempat suci' orang Syiah.

Jawab saya, "Saya ada dengar cerita yang sebenarnya, yang orang Syiah adalah pembunuh Sayyidina Hussain, bukan tentera Yazid bin Muawiyyah. Tapi saya belum jumpa buku yang menceritakan hal yang sebenarnya."

                                         
Beliau bertanya lagi, "Mengapa mesti Sayyidina Hussein yang diingati? Mengapa tidak Sayyidina Ali yang dikenang? Sedangkan orang Syiah menganggap bahawa Sayyidina Ali adalah Imam pertama mereka (menurut majoriti Syiah, aliran Syiah Itsna Asyarah ataupun Imamiyah)."

Saya pun terfikir kembali. Kata saya, "Benar juga. Sayyidina Hussain dibunuh. Sayyidina Ali pun dibunuh. Mengapa orang Syiah sambut di Karbala mengenang Sayyidina Hussain, bukan Sayyidina Ali?

"Oh, benar juak lah (benar juga ya)."                                                                                                         

Beliau meneruskan bicara, "Pada masa itu, Sayyidia Hussain telah dipanggil oleh orang-orang Kufah untuk dibaiat (berjanji setia diangkat sebagai khalifah). Beliau bertanyakan kepada para sahabat yang ada, semuanya menolak cadangan itu."

Sampuk saya, "Termasuknya adik-beradiknya sendiri, Sayyidina Hassan menghalang beliau."

Ustaz menyambung lagi, "Maka pergilah Sayyidina Hussain dan rombongannya menuju ke Kufah. Pada masa yang sama, tentera Yazid bin Muawiyyah daripada kerajaan Bani Umayyah telahpun keluar untuk menghadapi pemberontak."

Salah satu senibina zaman kerajaan Syiah Safawiyah di Isfahan,
Iran. Kerajaan Parsi-Syiah ini muncul pada abad ke-16. Pernah
membeloti kaum Muslimin apabila didapati bersubahat dengan
kerajaan Portugis pada abad ke-16 memerangi Daulah Uthmaniyyah
(yang menaungi umat Islam Ahli Sunnah wal Jamaah).
"Maka adanya orang-orang Syiah yang ketakutan menghadapi tentera Yazid, maka mereka menyerang dari dalam rombongan itu. Dan sebelum tentera Yazid tiba, orang-orang Syiah ini telah mengatakan mereka bukanlah pemberontak, bahkan mereka telah membunuh orang yang paling dikehendaki oleh Yazid."

"Akan tetapi, orang-orang Syiah telah membuat pendustaan dalam fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalang pembunuh sebenar adalah tentera Yazid sendiri. Mereka mencipta hadith palsu untuk mengukuhkan dakwaan mereka, sehinggakan kita terkesan sampai hari ini."

                                        

Saya pun terlupa satu perkara, bertanya lagi, "Orang-orang Syiah itu adakah dari dalam rombongan ataupun dari tempat lain?"

"Mereka menyerang dari dalam. Tidak hairan, kerana kemunculan mereka pun adalah fahaman Yahudi dan Majusi dimasukkan dari dalam, dengan bertujuan menghancurkan Islam."

Kepada Allah kita bermohon dan berserah. Moga Allah melindungi kita, ahli keluarga, jiran dan umat Muslimin agar terhindar daripada makar fahaman dan ajaran yang menyimpang ini. 

Allahu'alam.

[KAFA] “Cikgu, Sayidina Umar lawan Ultraman, siapa hebat?”

$
0
0
                                    
Sang guru telah bercerita tentang Sayydina Umar al-Khattab  pada minggu lepas. Pada minggu baru ini murid menyalin peta minda berkenaan tokoh masyhur itu dari papan hitam. Tersebutlah kisah, ada seorang sang murid amat mengagumi Sayyidina Umar. Pada pengamatan sang guru, si murid ini adalah seorang yang bertenaga tinggi, tidak sah hari tersebut kalau tidak berlari berpusing mengelilingi kelas. Oleh sebab minatnya kepada Sayyidna Umar, peta minda itu siap ditulisnya.

Namun ketika sang guru mendengar bacaan al-Quran (murid yang sudah siap), maka sang pengkagum Sayyidina Umar ini telah me-‘smack down’ menggusti seorang rakannya yang tertiarap.

Laungnya, “Umar kuat! Umar gagah! Umar tegap!” Kelibatnya itu hanya dijeling oleh gurunya kerana masih mendengar seorang murid membaca al-Quran dan adegan itu ‘tidak serius’ kerana terlalu biasa berlaku.

Kemudian dengan pantas dia mengambil sebuah beg dan menggayakan meletakkan sebiji batu besar, “Nah! Rasakan batu ini!” Perlakuannya yang pantas itu membuatkan guru bising.

Mana tidaknya, minat yang mendalam itu telah terlebih tafsir. Dan tersalah tafsir pula dengan cerita Bilal bin Rabah yang pernah ditindih oleh tuannya bangsawan kafir Quraisy Umayyah bin Khalaf yang pernah dicerita oleh sang guru. Adegan smack down itu berakhir. Si pengkagum Sayyidina Umar lari ke belakang kelas kerana tidak mahu ditangkap sang guru. Kemudian ia kembali membuat kerjanya apabila situasi sudah reda.
Kota Baitul Maqdis (Jerusalem) telah diserahkan kepada
Khalifah ar-Rasyidin, iaitu Sayyiduna Umar al-Khattab
kira-kira pada 16 Hijrah.

Murid ini sangat suka jika mendengar cerita. Sedang ia membuat kerjanya, tiba-tiba dia menyapa, “Cikgu.”

“Ada soalan?”

“Kalau Ultraman lawan Sayyidina Umar, siapa yang menang? Siapa yang kuat?”

Mulanya sang guru keliru. Berkata dalam benak hatinya, ‘Bagaimana murid ini kenal Ultraman? Sedangkan itu adalah superhero zaman 1990-an – aku budak-budak dahulu.’ Guru itu tidak dapat menahan gelaknya.  
Kata seorang murid lagi, “Ultraman mana ada. Itu semua tipu.”


Balas guru kepadanya, “Awak rasa, siapa menang? Siapa pula yang kuat?”

“Tentulah Ultraman.” Mungkin kehebatan Sayyidina Umar yang gagah itu menjalar di benak fikirannya. “Eh, tidak. Tentulah Sayyidina Umar. Dia gagah.”

Lantas sang guru berdiri. Katanya kepada semua murid, “Haa... kawan awak ini ada soalan, siapa yang menang kalau lawan. Ultraman ataupun Sayyidina Umar?

Mereka bersahut-sahutan. Ada yang mengatakan itu dan ini yang menang. Kata guru, “Baiklah, kalau benar Ultraman dan Sayyidina Umar berlawan, saya rasa Sayyidina Umar yang menang.”

Kelas yang hiruk-pikuk dengan tujahan jawapan berdesibel tinggi serta-merta senyap seperti kubur. Tanya sang guru, “Saya mahu tanya. Ultraman boleh atau tidak berhentikan gempa bumi?”

Sekali lagi kelas jadi huru-hara dengan polemik debat antara insan berumur 9 tahun. Sang pengkagum tadi berkata, “Tentulah Ultraman boleh buat.”

“Betul?” tanya guru.


Jawabnya, “Pernah atau tidak lihat Ultraman lawan raksasa besar? Apa yang terjadi?"

"Gempa bumi." Ada yang sudah menggayakan tangan mereka, berangan-angan keluar sinaran yang membinasakan raksasa.

"Bangunan runtuh." Ada yang menjawab matanya ke atas mengenangkan.

"Bumi bergoncang.” Ada yang menjawab kemudian mengusik orang sebelah. 

Si guru tersenyum. Katanya, "Baiklah. Macam mana pula kehebatan Sayyiduna Umar?" Kelas kembali senyap.

Lantas sang guru mengambil sebatang kayu (bahagian kerusi rosak) dan berdiri tegak. “Tentulah Sayyidina Umar yang hebat. Sebab dia boleh hentikan gempa bumi, dengan izin Allah.”


Masjid Nabawi, tempat terletaknya maqam Nabi Muhammad s.aw.
di Kota Madinah.
Kelas sunyi sekali lagi. Maka sang guru berkata, “Pernah suatu ketika Sayyidina Umar al-Khattab menjadi khalifah orang Islam. Berlakulah gempa bumi yang dahsyat di Kota Madinah. Maka Sayyidina Umar terus menghentakkan tongkatnya dan berkata, ‘Wahai bumi, tidak cukupkah aku berlaku adil kepadamu?’ Lantas bumi Madinah pun terus diam tiada bergoncang lagi.”

Mungkin jawapannya tidak menjawab soalan sepenuhnya. Akhiri guru, “Siapa yang hebat, Ultraman ataupun Sayyidina Umar?” 

Kesemua mereka menyebut serentak nama penghuni syurga yang agung itu, "Sayyidina Umar al-Khattab!"

                                             
Sahibulhikayat, kisah berakhir....

"Dan (selepas martabat nabi dan rasul), Para Sahabat Baginda s.a.w yang sebaik-baik kurun, maka dengarlah (pandangan yang menyatakan kemuliaan ini).
Kemudian (setelah martabat sahabat, ialah) mereka yang mengikuti (Para Sahabat r.anhum), kemudian mereka yang mengikut orang yang mengikut (Para Sahabat)."
~Syeikh Ibrahim al-Laqqoni, terjemahan Jauharah Tauhid (dalam buku Haikat Kenabian Rasulullah s.a.w).
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w, serta para Sahabat dan Ahli Bait (ahli keluarga) baginda, serta orang-orang yang menuntuni jalan Baginda s.a.w. Segala puji bagi Allah yang telah menerbitkan generasi terbaik manusia, para Sahabat yang telah dididik oleh sebaik-baik, semulia-mulia makhluk manusia, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Mereka inilah bintang-bintang yang menerangi umat ini dengan pengorbanan darah dan airmata mereka semata-mata untuk redha Tuhan. 

Kisah Sayyiduna Umar al-Khattab
tadi adalah berdasarkan kitab ini.

Allah telah menjadikan di keliling Baginda Nabi Muhammad s.a.w insan-insan yang amat mulia. Mereka redha kepada Allah dan Allah jua membalas redha-Nya kepada mereka. apakah yang lebih besar nikmatnya daripada itu? Para Sahabat inilah bukti bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu ada. Melalui merekalah agama ini diperturunkan daripada Sang Rasul tercinta. Melalui mereka al-Quran yang kita tatap sampai kepada generasi ini.  Merekalah yang menjadikan tubuh mereka perisai apabila Baginda Nabi Muhammad s.a.w.  Tidak tergambar bagaimanakah suasana kasih sayang sesama mereka. Melalui mereka, agama telah tiba ke segenap pelosok buana.Semoga Allah berkekalan melimpahi rahmat atas mereka dan Penghulu mereka dan Penghulu kami, Nabi Muhammad s.a.w.

Bercerita adalah satu sifat semulajadi manusia menongkah arus kehidupan. Kisah lampau daripada manusia-manusia agung menerbitkan keinsafan kepada kita, bahawa jauh sekali jurang beza darjat antara kita yang punyai iman senipis kulit bawang berbanding mereka yang Allah redha. Dan kisah lampau ini menjadi obor inspirasi menerangi hati.



Guru KAFA (Kelas al-Quran dan Fardhu Ain) memainkan peranan yang amat besar dalam menanam benih kecintaan kepada Baginda Nabi Muhammad s.a.w. salah satu jalannya adalah bercerita mengenai sifat kelebihan, kepahlawanan, keadilan, amanah, akhlak dan kasih-sayang mereka di kalangan anak-anak. Realitinya apabila ditanya nama-nama artis, superhero, watak kartun dan banyak lagi virus teknologi mereka lebih kenal manakala, akhirnya para Sahabat apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w semakin jauh di hati.

Anjuran membaca, mendengar dan mentelaah kisah perjuangan hidup para Sahabat dalam menjiwai kehidupan agama dapat kita ketahui melalui seorang ulama hadith terkemuka, iaitu al-Imam al-Allamah Hazrat Syeikh Maulana Zakariyya Kandahlawi (beliau adalah daripada keturunan Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq). Beliau merupakan masyaikh (guru) kepada para ulama hadith termasuklah al-Allamah Syeikh Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki (1946 - 2004) dan al-Allamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz (1963 - sekarang). Beliau menyebutkan dalam bahagian Hayatus Sahabah (Kisah Para Sahabat) daripada kitab Fadhilat Amal:
“Sekiranya mereka yang gemarkan cerita-cerita, membaca kisah-kisah tersebut sebagai ganti kepada kisah-kisah yang sia-sia lagi dusta maka amalan mereka itu akan menjadi asbab untuk peningkatan agama dalam diri mereka. Begitu juga wanita-wanita di rumah dapat memperdengarkan kisah-kisah tersebut kepada anak-anak sebagai ganti kepada cerita-cerita dongeng. Ini akan mewujudkan keagungan dan kecintaan terhadap para Sahabatdalam hati-hati mereka serta kegemaran terhadap hal-hal agama. (ms. Iii, bab Kisah Para Sahabat)
Namun demikian, apabila seorang guru KAFA hendak berkongsi berkenaan para Sahabat, adakah memadai kita membaca dan menyampaikan setakat dalam buku teks?

Pada pengalaman yang masih mentah ini, seorang guru KAFA perlu menelaah lebih untuk melengkapkan ceritanya kepada anak-anak murid. Untuk mencapai hal ini, maka beberapa syor ingin diutarakan:

Terjemahan Hayatus Sahabah (Kisah Kehidupan Para
Sahabat) yang dikarang oleh Syeikh Maulana
Muhammad Yusuf Kandahlawi. Kanan sekali,
terjemahan Riyawat Hidup Rasulullah s.a.w yang dikarang
oleh Syeikh Syed Abul Hassan Ali an-Nadwi al-Hasani.
Kedua-dua mereka adalah ulama tersohor dari benua kecil
India.
1. Luang Masa Ulangkaji Baca Cerita 
Ada pengorbanan masa untuk melazimi membaca kisah-kisah orang soleh, terutama para Sahabat. Buku ini sebaiknya diteliti dahulu sebelum menatapnya, adakah daripada aliran yang benar ataupun batil. Antara buku terbaik adalah buku Hayatus Sahabah (Kisah Kehidupan Para Sahabat) yang dikarang oleh Syeikh Maulana Muhammad Yusuf Kandahlawi. Menurut Syeikh Nuruddin al-Banjari, buku ini adalah rumusan beliau daripada lebih 200 buku yang dikarang oleh para ulama. Ada versi berjilid, ada versi yang kompilasi keseluruhan.

2. Bijak Menyaring Cerita Sebelum Bercerita
Perlu diambil perhatian, sang guru hendaklah berhati-hati dan menyelidiki adakah sesuatu sumber yang dibacakan itu benar ataupun direka-reka? Ini memerlukan penelitian dan pengesahan daripada yang sang guru itu pelajari daripada guru-guru mereka.   

Teramat penting bagi guru KAFA terutamanya mengukuhkan kefahaman, arif tentang cerita-cerita para Sahabat ini kerana dewasa ini sudah tersebarnya fahaman yang mencaci, membenci dan memfitnah para Sahabat dengan pendustaan sebesar-besarnya iaitu fahaman SyiahDato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, Pengerusi Yayasan Sofa Negeri Sembilan ketika satu program di Kedah, beliau menyebutkan bahawa Syiah yang merupakan ajaran yang direka oleh orang Yahudi untuk memecah-belahkan umat Islam. 


Perbezaan mereka dengan aliran perdana, iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah adalah perbezaan perkara usul (utama, perkara pokok) yang membabitkan persoalan akidah, bukannya perkara cabang (furu’) seperti perbahasan fekah.

Maulana Zakariyya Kandahlawi mengingatkan dalam bahagian penutup kitab beliau Hayatus Sahabah

(Kehidupan Para Sahabat), beliau mengungkapkan peringatan daripada Imam Qadhi ‘Iyadh dalam kitab as-Syifa’, tentang waspada umat akan ancaman bahana Syiah:
“Di samping itu kita perlu menjauhkan diri daripada berita-berita yang diriwayatkan oleh ahli sejarah, orang Syiah, ahli bid’ah dan para perawi yang jahil yang sengaja mengada-adakan berita kelemahan mereka. Apabila kita mendengar riwayat-riwayat seumpama itu kita seharusnya mentafsirkan dengan tafsiran yang baik dan buatlah satu kesimpulan yang baik kerana para Sahabat r.anhum semenangnya berhak untuk kedudukan yang baik tersebut. Jangan kaitkan para Sahabat dengan keburukan mereka sebaiknya perjelaskanlah kebaikan dan kelebihan mereka. Diamkanlah diri daripada menceritakan keaiban mereka sebagaimana sabdaan Rasulullah s.a.w, “Apabila disebutkan keburukan para Sahabatku hendaklah kamu diam.”
3. Banyak Baca, Banyak Persilangan Cerita
Banyak membacakan kisah hidup banyak Sahabat dan hidup mereka bersama Rasulullah s.a.w. Mengapa? Kita akan dapat mengaitkan kisah hidup dan iktibar daripada ‘persilangan’ kisah-kisah  antara Sahabat. Kisah kita berkait dengan Sahabat lain, dan cerita pun bertambah ketika berkongsi dalam kelas. Secara langsungnya, akan memperkenalkan banyak peribadi mulia para Sahabat ketika pengajaran. Dalam perkara ini, kita memfokuskan pengkisahan Sayyidina Umar al-Khattab. Lihat perkaitannya. Misalan:  


    1. Sayyidina Umar al-Khattab adalah Khulafa’ ar-Rasyidin kedua.
    2. Siapakah yang pertama? Beliau adala Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq. Di sini kita boleh kisahkan khalifah ini setia bersama Rasulullah s.a.w. beliau telah membebaskan hamba abdi Bilal bin Rabah.
    3. Siapakah Bilal bin Rabah? Beliau adalah seorang hamba abdi dari negeri Habsyah dan tiada rupa. Ia merupakan muazzin (pelaung azan) yang pertama. Sayyidina Bilal yang bukan rupawan ini Rasulullah s.a.w telah dengar derap-derap kakinya di Syurga!
Sekadar itu disampaikan kali ini. Ultraman memang tidak ada, hanyalah rekaan. Tetapi para Sahabat ini memang ada. Menjadi kesepakatan dalam kitab-kitab aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah (bahagian Nubuwwat; Kenabian), bahawa mereka ada semulia-mulia manusia setelah Nabi dan Rasul, setelah Penghulu Anbiya’, Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w. mereka lah yang berhak diteladani.

Jannatul Baqi', tanah pusara Ahli Bait (keluarga
baginda s.a.w) dan lebih kurang 10 ribu para Sahabat.
Sumber: IslamicLandmarks.com

Sebagai penutup, mari kita ambil iktibar daripada renungan dan seruan Hazrat al-Allamah Maulana Zakariyya Kandahlawi menyeru umat Islam agar menghormati dan memuliakan para Sahabat baginda s.a.w dalam bahagian kitab beliau Hayatus Sahabah’(Kehidupan Para Sahabat):
“Akhir sekali saya berasa sangat mustahak untuk memperingatkan para pembaca dengan suatu perkara yang penting. Pada zaman kebebasan yang tidak terkawal ini, kita orang-orang Islam telah diselubungi dengan perasaan bebas dan tidak ambil kisah dengan agama dan perkara-perkara yang bersangkut paut dengan agama maka sifat beradab, memuliakan dan para Sahabat r.anhum dan mengambil tahu hak-hak mereka juga telah tidak dipedulikan dan tidak ambil kisah.”
Beliau menyambung lagi:
“Malah lebih dahsyat daripada itu. Sebahagian mereka yang tidak menghiraukan agama sanggup mempersendakan para Sahabat. Sedangkan para Sahabat dalah tonggak agama ini. Merekalah yang mula-mula menyebarkan agama Islam. Tidak mungkin kita dapat menunaikan hak-hak mereka dan membalas budi mereka walaupun kita berusaha sepanjang hayat kita. Semoga Allah S.W.T menurunkan ke atas jiwa-jiwa yang suci itu jutaan rahmat-Nya. Mereka telah mempelajari agama daripada Nabi s.a.w kemudian mereka menyampaikan kepada kita.”


Mereka selayaknya dicintai. Mereka selayaknya dimuliakan dan disematkan di hati mereka. kerana mencintai mereka bermakna mencintai Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w. Mencintai Kekasih Allah, bermakna mencintai Allah. Ayuh, kita semarakkan. Hidupkan jiwa kita dengan menteladani insan-insan terbaik yang tidak akan dilahirkan di muka bumi lagi.                                                                                   


Rujukan:
1. Al-Allamah Syaikhul Hadith Hazrat Maulana Zakariyya Kandahlawi, (2013). Fadhilat amal. Era Visi Sdn. Bhd.: Cheras.

2. Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki, (2008). Syarah i’tiqad ahli sunnah wal jama’ah (karangan al-Allamah Muhammad Mukhtar ibn ‘atorid). Sofa Production: Ampang.

3. Muhammad Mujahid bin Ir. Mohammad Fadzil, (2012). Hakikat kenabian Rasulullah s.a.w dan martabat kekasih Allah: Menerusi kitab jauharah al-tauhid. Mawleed Publishing Sdn. Bhd.: Kota Damansara, KL.

[BUKU] Maulidur Rasul: Menyorot Sekilas Pandangan Ulama

$
0
0

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sarwa Alam. Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dan juga ahli keluarganya (Ahlul Bait). Semoga Allah melimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya atas para sahabat, tabi' dan tabi'in serta orang-orang yang ikhlas menuntuni tauladan baginda s.a.w yang mulia sehingga Hari Kiamat.

Menjelang sambutan Maulidur Rasul 1435H, terdapat beberapa orang bertanyakan kepada saya akan hukum menyambut perayaan tersebut. Ini kerana mereka inginkan kejernihan atas kekeliruan yang ditimbulkan dengan laungan sesetengah pihak yang mempertikaikan sambutan Maulidur Rasul s.aw.


Saya bukan ustaz. Adapun penjelasan ringkas ini adalah mengambil manfaat daripada majlis-majlis para ulama dan cendiakawan dan menatap karya mereka semasa menuntut di Kuala Lumpur dahulu. Tetapi apa yang dapat saya tolong adalah menunjukkan kepada para ahlinya dan kitab penjelasan mereka yang benar. 

Perkara ini merupakan perkara khilafiyyah (yang menjadi perselisihan para ulama), dan telah dijawab dengan tuntas dan kemas oleh para ulama berwibawa sejak zaman dahulu. Hanya pada zaman masakini, terdapat golongan yang suka membongkarkan hal ini kembali dan memerangi amalan yang baik ini. Hal ini menimbulkan kerumitan dan kekeliruan yang tidak sepatutnya dalam masyarakat.

Para ulama Ahli Sunnah wal Jamaah menyambut baik dan membolehkan amalan menyambut Maulidur Rasul yang berlandaskan kepada syarak. Sambutan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menghubungkan kembali masyarakat kepada Rasulullah s.a.w dan kecintaan kepada baginda s.a.w. 


Terdapat segolongan mereka yang tidak bersetuju, tetapi banyak di kalangan para ulama berwibawa membolehkan, seperti Imam Suyuthi, Imam ibnu Hajar Asqalani, Syeikh Ali Jumaah, Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi antaranya. Bahkan menurut al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Joll dalam kitab Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama (2011), m/s 761-762 menyatakan bahawa Syeikh ibnu Tahmiyyah (yang menjadi rujukan golongan Salafi-Wahabi yang menentang amalan ini) sendiri memandang baik amalan ini. 

Sesiapa yang tidak senang dengan sambutan ini, maka usahlah berbantah-bantah. Segalanya dah dikupas dan dijelas oleh para ulama. Jawapannya sudah terpampang dengan penjelasan dan dalilnya berlandaskan ilmu yang benar. 

Dalam masalah ini juga, al-Muhaddith Prof. Dr. Muhammad bin Alawi al-Maliki, seorang pendidik tersohor dunia Islam yang mempertahankan sistem pengajian agama melalui metod halaqah talaqqi (belajar berguru) pernah mengarang akan syarah (huraian) dalam sebuah kitab maulid yang masyhur, iaitu Maulid ad-Daiba'. Maulid ad-Daiba' ini dikarang oleh al-Hafiz Imam Abdur Rahman ibn ad-Daiba'. Maulid ini tersebar luas dan dibaca di merata-rata tempat di dunia ini. 

Kenang-kenangan... al-Musnid Dato'
Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin
al-Maliki ketika Kuching Berselawat
julung-julung kalinya pada 2011.
Kitab tersebut (dalam gambar di kiri) adalah versi terjemahan oleh anak murid kepada Prof. Dr. Muhammad bin Alawi al-Maliki, iaitu al-Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki beliau sendiri dalam mukadimah syarah tersebut memandang bahawa perbahasan ini bukanlah begitu mustahak (kerana persoalan cabang ataupun khilafiyah), akan tetapi atas desakan suasana dan permintaan yang tinggi daripada orang yang mengenali beliau, maka atas dasar amanah dan tidak mahu menyembunyikan ilmu, maka beliau mengarang kitab tersebut. Dalam kitab ini, persoalan ini dihuraikan oleh Prof. Dr. Muhammad bin Alawi al-Maliki, begitu jelas tentang hukum, peringatan dan manfaat daripada penganjuran amalan baik yang diamalkan ini.

Beberapa persoalan ingin dilontarkan kepada golongan yang amat suka menimbulkan kontroversi ini:

1. Jika kita mengenal biografi para ulama yang pernah pengarang syair maulid/qosidah, adakah kita harus insaf di manakah letaknya diri kita? Sedangkan orang yang kita cerca dan hina itu kita tidak sedar, imannya, taqwanya, ilmunya, zuhudnya, tawaduknya dan khidmat mereka untuk agama tiada tolok bandingnya dengan kita pada zaman sekarang. Apakah sumbangan kita berbanding para alim ulama terdahulu? Adakah ada sebuah kitab yang telah kita karang yang berupaya dijadikan rujukan yang muktabar? Tanyalah diri.


2. Adakah hanya membaca sesetengah artikel yang kita baca dalam beberapa minit di-'copy paste' daripada Syeikh Google dan Wikipedia sama dengan pengamatan dan adab para Imam berwibawa ini? Seluruh hidup para imam ini telah diserahkan untuk mengukuhkan ilmu, mempertahankan akidah, dan menyambung kesinambungan ilmu dengan cara yang benar. Adakah kita berwibawa seperti itu? 


Adakah dengan cacian, maki hamun, cercaan kita yang memuaskan hati kita membantu agama Islam?  Kebenaran beserta dengan adab. Kebenaran tidak menyalahi adab. Tidak ada satu dalil pun bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah mencela sekalipun bapa saudaranya Abu Lahab. Sunnah yang mana kita amalkan? Tanyalah diri.


3. Persoalannya adalah, mengapa amalan yang disepakati bermanfaat ini diperangi, dikatakan bid'ah, haram, syirik dan bermacam-macam lagi, akan tetapi mengapa majlis berisikan maksiat tidak kita serius dalam menanganinya? 
Tanyalah diri.


4. Adakah itu bermaksud sambutan seperti maulid di banyak tempat di negara ini sama darjatnya seperti konsert yang melalaikan? Apakah sumbangan kita dengan mengherdik orang lain kerana tidak sependapat dengan pendirian kita? Adakah pertimbangan itu berdasarkan logik akal yang dangkal, ataupun adakah kenyataan tersebut adalah bersandarkan kepada para imam dan ijmak (kesepakatan) ulama? Tanyalah diri.

                              
Akhir kata, kita renunglah kalam-kalam yang terbit daripada ulama yang berwibawa ini. Kita mendoakan agar beliau bahagia di Alam Barzakh dan moga Allah mengganjari nikmat yang tidak terhingga atas khidmat beliau berjuang mencetak dan melahirkan ratusan bahkan ribuan para ulama...



Bersama kita fikirkan...

Mohon teguran daripada ahlinya...

[BUKU] Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah

$
0
0
“Cinta kepada Rasulullah s.a.w itu bukanlah cinta biasa seperti cinta kepada diri sendiri, tetapi ia adalah cinta yang diusahakan (ikhtiyari).”                                                                                                          –Imam Abu Sulaiman al-Khattabi rahimahullah[1]
Cinta - Leluhur yang suci menghiasi setiap sendi yang menjadi tema dalam kehidupan. Bahkan, alam ini diciptakan oleh Allah Tuhan Sarwa Alam dengan cinta, rahmat dan kasih sayang-Nya.

Maka dengan itu, Allah kenalkan diri-Nya melalui perutusan Nabi dan Rasul. Cinta itu bersambung adn bersambung dan bersambung kepada generasi demi generasi, dan ditutupi dengan indah oleh Sebaik-baik Makhluk, Seagung-agung Manusia, Penghulu Makhluk Dunia dan Akhirat, iaitu Sayyidul Anbiya’ Penghulu Segala Rasul, iaitu Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w.

Selawat dan salam moga berkekalan selagi ada tulisan ini buat Baginda s.a.w, ahli keluarganya (Ahlul Bait) dan para Sahabat. Semoga Allah melimpahi Rahmat-Nya atas para ulama-ulama yang benar dan orang-orang yang soleh dan ikhlas menuntun jalan Baginda s.a.w sehinggalah Hari Kiamat.

al-Fadhil Ustaz di TV Hijrah
Rasulullah s.a.w adalah anugerah, cahaya dan berita gembira buat manusia, jin dan sekalian makhluk. Baginda s.a.w adalah pembawa Rahmat sekalian alam ataupun Rahmatan lil ‘Alamin. Baginda membawa obor cahaya yang mengeluarkan manusia daripada sempit dan hinanya dunia kepada luas, kekal dan kemuliaan Akhirat.

Bagindalah harapan pada Hari Pembalasan di kala manusia berbondong-bondong mencari pertolongan. Disebutkan dalam sebuah hadith panjang dalam nota kaki kitab kecil Puji-pujian Imam Abu Hanifah[2], bahawa dalam kedahsyatan hari tersebut, maka berbondong-bondonglah manusia mencari orang yang memberikan syafaat kepada mereka. Maka mereka berduyun-duyun berjumpa kepada Nabi Adam, kemudian Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. Kesemua Rasul yang hebat ini mengatakan mereka tidak dapat membantu apa-apa. Sehinggalah mereka bertemu dengan Nabi Isa, maka Baginda a.s pun menunjukkan bahawa hanya seorang sahaja yang dapat menolong mereka, iaitu Sayyidul Anbiya’ Nabi Muhammad s.a.w.

Di sanalah manusia mendapati bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah khabar gembira buat mereka, harapan memohon syafaat, meminta keluar daripda kesengsaraan dan keresahan Hari Akhirat. Sesungguhnya, keselamatan dan kesejahteraan Akhirat kelak adalah bagaimana kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w. Bagindalah yang menjadi harapan kita pada suatu hari kelak, memohon syafaat kepada Allah agar diringankan derita dan diberi bahagia.


Di tengah-tengah kegersangan jiwa nurani dipenuhi dengan figur-figur, tokoh-tokoh yang melalaikan, maka saat ini menjadi satu keperluan yang mustahak manusia mengenal kembali model sebaik-baik insan yang dikasihi Tuhan: Nabi Muhammad s.a.w. Telah termaktub dalam al-Quran dan hadith yang menjadi sandaran para ulama bersepakat bahawa mencintai Rasulullah s.a.w adalah wajib:
“Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbangkan akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan daripada berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya; kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang fasik.”                                                                                                                            (Surah at-Taubah, 9:24)
Hadith Nabi s.a.w:

“Maka demi jiwaku dalam kekuasaan-Nya, tidaklah (sempurna) iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.”                                                                                     (Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasa’i)
Buku karya al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Joll yang berjudul Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah: Langkah-langkah Mencintai Nabi s.a.w ini amat bertepatan pada masanya. Buku ini amat istimewa kerana memberikan garis panduan yang telah ditunjukkan dan diamalkan oleh para ulama terdahulu dan masakini. Buku ini sederhana tebal dan mudah difahami oleh peringkat awam. Dalam pendahuluan buku ini, jelas sekali jalan pengenalan, penghayatan dan kecintaan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang beliau tempuh adalah melalui para murabbi ataupun para guru beliau di kalangan ulama.

Kenang-kenangan...Ustaz Muhadir bin Joll mengiringi
Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki
ketika Kuching Berselawat 2011
Buku beliau ini berguna sekali dalam membimbing jiwa-jiwa yang kosong ini untuk memulakan langkah pertama mencintai Sayyiduna Rasulullah s.a.w. Antara keistimewaan buku beliau:

1. Pengarang memberi penjelasan bertahap-tahap mengenai topik yang dibicarakan melalui definisi, disusuli dengan dibentangkan dalil daripda al-Quran dan Hadith. Beliau menjelaskan hubungan dua hala cinta agung ini daripada Rasulullah s.a.w, juga yang ditonjolkan oleh para Sahabat, ulama dan orang soleh sepanjang sejarah Islam.

2. Perbahasan beliau berlegar dengan perbicaraan daripada ulama-ulama muktabar dalam membincangkan Mahabbah (kecintaan) kepada Nabi s.a.w.

3.  Diutarakan juga aspek yang penting dalam amali (praktikal) kita untuk sampai kepada Mahabbah kepada Rasulullah s.a.w. Untuk itu, beliau memasukkan sebahagian daripada sifat diri dan peri akhlak luhur daripada kitab Syamail Muhammadiyyah yang disusun oleh Imam Tirmizi. Untuk ini juga, beliau menyelitkan amalan-amalan selawat, qosidah bahkan amalan khusu yang ditunjukkan oleh para ulama bagaimana untuk bermimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.

4. Penulis menggunakan laras bahasa yang mudah difahami oleh pembaca orang awam. Beliau meletakkan makna sesetengah istilah Bahasa Arab yang digunakan.


5. Umum dalam kebanyakan karya al-Fadhil Ustaz Muhadir adalah nota-nota kaki terutamanya biografi para Sahabat, ulama, pemimpin dan orang soleh yang disebutkan. Justeru ini adalah sarana yang baik bagi memperkenalkan kita kepada himpunan tokoh-tokoh yang berjasa dalam sumbangan terhadap umat Nabi Muhammad s.a.w melalui ilmu dan usaha mereka.

Perkara ini adalah mustahak kerana mereka ini adalah insan-insan yang berjaya, cemerlang takwa mereka di sisi Allah, diberi keberkatan umur dan hasilnya mengalir sehingga hari ini. Merekalah pelita yang menerangi jiwa kita yang menjadi penguat berharga untuk beramal serta sanggup berkorban membantu agama. Terlebih-lebih lagi, kata seorang ulama sufi terkemuka, Sufyan bin Uyaynah rahimahullah disebutkan dalam kitab Fadhail Amal karangan Hazrat Maulana Zakariyya al-Kandahlawi rahimahullah:
                “Menyebut nama orang soleh menurunkan rahmat.”
Antara karya al-Fadhil Ustaz
 6. Terdapat gambar-gambar yang menarik tentang barangan milik Rasulullah s.a.w, Ahlul Bait dan para Sahabat ataupun perkara berkaitan seperti rambut, tapak kaki, cop mohor, mangkuk Masjid Nabawi, Gua Hira’ dan tempat-tempat bersejarah. Hal ini penting, kerana sebagai tanda kita mengenal warisan kenangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. Warisan ini yang telah dijaga oleh para Sahabat dan diperturunkan dan dijaga oleh para ulama serta pemerintah yang amanah menjadi pengikat yang sentimental kepada umat Islam. Umat Islam diizinkan untuk bertabaruk (mengambil berkat) berlandaskan hukum-hukum syarak.

Buku terbaru Ustaz Muhadir, terjemahan daripada
kitab seorang ulama tersohor, al-Muhaddith
Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Oleh yang demikian, saya berpandangan bahawa buku ini perlu ditatap dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat Islam, terutamanya di kalangan golongan pendidik. Buku ini sesuai dijadikan hadiah yang begitu bermakna dan kita mengharapkan pahala daripada Allah moga orang yang menerima dapat juga mendapat keberkatan dalam mencintai Baginda s.a.w. Jadikanlah buku ini sebagai pedoman yang tidak ternilai dalam kita mencintai Sayyidina Rasulullah, Nabi Muhammad s.a.w. Selawat dan salam buat baginda s.a.w selama-lamanya selagi tulisan ini masih ada, selawat dan salam moga digandakan sebanyak-banyak adanya zarah di langit dan di bumi.       

                                 
Amiin ya Rabbal ‘Alamin.

  
Bibbliografi:
1. Imam Abu Hanifah, Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki (pent.), (2009). Puji-pujian Imam Abu Hanifah. Yayasan Sofa: Ampang.

2. Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll, (2013). Ingin kubalas cintamu Ya Rasulallah: Langkah-langkah mencintai Nabi s.a.w. Galeri Ilmu Sdn. Bhd: Kota Damansara, KL





[1] Menurut buku Ingin kubalas cintamu Ya Rasulallah, nama penuh Imam Abu Sulaiman adalah Imam al-Hafiz al-Lughawi, Abu Sulaiman, Hamd bin Muhammad bin Ibrahim al-Khattabi. Antara kitab beliau yang masyhur ialah Ma’alim as-Sunnan.  Beliau wafat pada tahun 388H.

[2]Kitab kecil ini merupakan tulisan bait-bait syair yang dikarang oleh Imam Abu Hanifah ketika berdiri di makam Nabi Muhammad s.a.w. kitab ini diterjemahkan oleh Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki terbitan Yayasan Sofa, 2009. Syeikh Muhammad Fuad menyatakan dalam pendahuluan kitab ini bahawa:

 “Syair ini menjadi dalil kepada kita bahawa memuji Rasulullah s.a.w adalah perkara yang harus di dalam syariat Islam. Tidak sepertimana dakwaan sesetengah pihak, yang mendakwa bahawa memuji Rasulullah s.a.w akan membawa kepada kesesatan dan syirik.”

[BUKU] Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah s.a.w

$
0
0
“Itulah tujuan utama al-Faqir menterjemah buku yang sangat bernilai ini; agar umat KENAL (ma’rifah) akan Nabi (s.a.w) mereka kerana buah daripada kenal itu adalah CINTA (mahabbah) yang akhirnya akan menatijahkan TAAT (tho’ah wa iqtida’) kepadanya.”              ~al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll[1]

Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Segala Puji bagi Allah yang telah mengutuskan Penutup segala Rasul, Penghulu Segala Nabi, Semulia-mulia Makhluk iaitu Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Baginda Nabi s.a.w, para ahli keluarga Baginda s.a.w (Ahlul Bait), dan juga para Sahabat serta orang-orang yang benar jalannya sehingga Hari Kiamat.

Semoga kita beroleh kekuatan untuk menuntuni satu-satunya jalan yang selamat, iaitu mengikuti Nabi Muhammad s.a.w yang diwariskan kepada kita melalui para imam, masyaikh, ulama yang benar, istiqamah terhadap kebenaran dan amanah dalam menyampaikan dan memelihara agama Islam yang suci ini sehingga hari ini.

Alhamdulillah, syukur banyak-banyak kepada Allah telah mengurniakan rezeki menatap sebuah buku yang diterjemah dan disusun oleh al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll yang terbaru, bertajuk, “Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah s.a.w.” Buku ini amat istimewa kerana tiba keharibaan diri pada tanggal 12 Rabiul Awal 1435H, iaitu tarikh masyhur kelahiran Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w.

Biografi Ringkas Pengarang


 Buku ini merupakan terjemahan sebuah kitab yang dikarang oleh seorang ulama besar dunia Islam, iaitu al-Alim al-Allamah al-Musnid al-Muhaddits al-Arifbillah, Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani al-Maliki[2]. Kitab asal tersebut berjudul, Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyah yang juga bermaksud ‘Tarikh Peristiwa-peristiwa dan Hal-hal Kenabian.’ 

Kitab biografi pengarang yang ditulis
oleh anak murid beliau, Syeikh Ahmad
Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi
al-Banjari.
Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki yang juga dikenal sebagai Buya Maliki adalah seorang ulama Ahli Sunnah wal Jamaah yang lahir di Mekah, berketurunan Ahlul Bait. Keluarga beliau adalah keluarga ulama dan 7 keturunan mendahului beliau adalah ulama besar pada zaman mereka. 

Beliau tersohor kerana keilmuan tinggi dan memiliki budi perkerti yang mulia serta menghasilkan ramai ulama di kalangan anak-anak muridnya. Antara yang mendapat didikan beliau adalah Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Maliki an-Nadwi al-Banjari dan Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki as-Sanusi. 

Buya Maliki telah wafat pada bulan Ramadhan tahun 2004. Beliau merupakan seorang yang aktif mendidik dan merantau untuk berdakwah. Beliau adalah pengarang profilik dalam menulis lebih 40 buah kitab berkualiti tinggi dalam pelbagai bidang seperti Aqidah, Tafsir, Hadith, Sirah Nabawiyah, Usul Fiqh, Feqah, Tasawuf dan lain-lain. Ramai ulama pada zamannya mengakui kewibawaan dan ketinggian ilmu beliau dalam mengupas permasalahan yang melanda umat.

Pemergian beliau ke Alam Baqa’ menyentuh ramai hati manusia. Seluruh dunia Islam menangisi pemergiannya. Ribuan penduduk kota Makkah menghadiri upacara pengebumian beliau. Semoga Allah menjadikan kubur beliau antara taman-taman syurga. Amiin.


Sebab Buku Ini Ditulis

Penterjemah...
al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll di
Rancangan 30 Minit Ustaz Don TV al-Hijrah
Buku ini mengandungi butir-butir peribadi tentang Nabi Muhammad s.a.w dan kisah perjalanan hidup Baginda s.a.w. Buku ini padat dengan ilmu mengenai Baginda s.a.w yang adakalanya jarang kita dengar dan dapati dalam kitab-kitab Sirah. Pada asalnya, pengarang Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki menulis kitab ini kerana memperhatikan bahawa kitab-kitab sirah mengenai Nabi Muhammad s.a.w semakin kurangnya kesungguhan karya-karya tersebut ditelaah. Dalam pengenalan beliau mengenai kitab ini, beliau mengumpulkan maklumat peribadi Nabi Muhammad s.a.w secara ringkasan agar umat Islam tidak terlepas peluang mengenal Rasul Junjungan s.a.w mereka.
Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin
Kamaludin al-Maliki as-Sanusi, antara
anak murid Prof. Dr. Muhammad bin
Alawi al-Maliki

Beliau merasakan peri mustahaknya umat Islam dewasa ini mengambil berat akan pengetahuan akan Nabi Muhammad s.a.w mereka. Kata beliau:

“Termasuk di dalam sesuatu yang paling perlu dan paling wajar untuk diketahui dan diberitahu tentangnya dan ditumpukan usaha padanya ialah perbicaraan tentang ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kenabian dan sifat-sifat yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w.”

 Hal ini seringkali dinyatakan oleh anak murid beliau, iaitu Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki yang menyatakan bahawa umat Islam perlu memperuntukkan sebahagian masa mereka untuk mengkaji, mendalami dan menghayati sirah Nabi Muhammad s.a.w kerana akan jasa Baginda s.a.w yang amat mulia buat umat Islam. Perkara ini ada beliau pesan semasa Kuching Berselawat 2011 dahulu.



Pembahagian Buku

Antara terjemahan kitab yang dikarang oleh
Prof. Dr. Muhammad bin Alawi
al-Maliki, menghuraikan kitab Maulid
ad-Daiba'
Buku ini terbahagi kepada dua. Pertama adalah mengenai maklumat secara terperinci kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Bahagian kedua pula mengisahkan perjalanan hidup Baginda Nabi s.a.w sejak lahir sehinggalah kewafatannya. Mari kita teliti sejenak perincian pembahagian ini daripada pengarangnya sendiri dalam mukadimah kitab tersebut:

“Bahagian Pertama menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan keadaan Baginda s.a.w di peringkat awal yang berkaitan dengan anak-anak lelaki dan perempuan Baginda, ayah dan ibu saudara, ibu susuan, sauara dan saudari susuan, hamba, khadam, penulis wahyu, surat-menyurat, utusan dan pembesar-pembesar yang menerima dakwah Islamiah. Di samping itu dijelaskan juga tentang haiwan tunggangan, senjata, pakaian, mukjizat dan lain-lain.

Bahagian Kedua pula berkaitan dengan ringkasan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman Nubuwwah, bermula dari tahun kedua dari kelahiran Baginda hinggalah wafatnya Baginda dengan merujuk kepada rantaian masa dan susunan sejarah yang dijelaskan dengan ringkas.”


Keistimewaan Buku

1. Tidak dinafikan buku ini wajar ditatap kerana ditulis oleh seorang yang mendalam cintanya akan Penghulu kita, Nabi Muhammad s.a.w. Pengarang yang juga menyambung tugas nendanya bersungguh-sungguh mendidik umat dan istiqamah terhadap kebenaran.

Dalam karya beliau yang bersangkut-paut dengan kenabian dan Nabi Muhammad s.a.w, beliau banyak mempertahankan Nabi s.a.w dan membersihkan Baginda s.a.w daripada tohmahan sebilangan umat Islam yang terburu-buru dan kurang cermat mentafsirkan dalil Quran dan Sunnah. Beliau menjawab dengan tuntas dan berhikmah dalam hujah beliau. 

Tidak hairanlah, apabila membaca (terjemahan) kitab beliau, banyak persoalan dirungkai dengan tepat dengan huraian yang boleh difahami (berdasarkan ilmu yang dipelajari daripada penjelasan para guru). Terasa pembelaan beliau akan Nabi s.a.w adalah terbit atas dasar cinta beliau kepada Nabi Muhammad s.a.w.  Sukar sekali menatap sesebuah karangan yang dapat membuahkan kefahaman dan rasa minat yang mendalam dalam kitab-kitab lain berkenaan hal Kenabian ini. Semua ini terpapar dalam himpunan karya beliau yang termuat antaranya dalam kitab Mafahim Yajibu an-Tusohhah[3], Qul Hazihi Sabili[4], Syarah Maulid ad-Daiba' dan Muhammad Insan Kamil[5].

2. Kitab asal ini sebenarnya adalah hadiah daripada pengarang, Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki kepada penterjemah, Ustaz Muhadir bin Hj. Joll. Beliau mendapat hadiah kitab ini ketika beliau menziarahi Prof. Dr.  di kediaman beliau di Makkah. Maka diri ini melihat adanya keberkatan dan restu daripada sang guru tersebut dan dimanfaatkan kepada para pembaca.

3. Buku ini tidak terlalu panjang, tidak juga terlalu ringkas. Ada sesetengah dalam butiran ‘point’ dan ada juga yang disusun dalam teks perenggan. Kepelbagaian ini menjadikan tidak terasa cepat diselesai bacaan.

4.Berbanding dengan kitab Syamail Muhammadiyah, iaitu kitab hadith yang disusun oleh Imam Tirmizi yang menghuraikan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w, maka kitab ini adalah nilai tambah kepada kitab tersebut. Ini kerana (pemerhatian saya yang cetek ini), kitab Syamail Muhammadiyah lebih tertumpu kepada tentang perincian Nabi s.a.w, akan tetapi kitab ini menghuraikan juga sedikit sebanyak tentang siapakah yang berada di sekitar Nabi s.a.w. Perincian tersebut dipaparkan dalam bahagian pertama kitab ini.

5. Ada yang mengatakan bahawa kitab ini seperti ensiklopedia. Ya, ada ciri seperti itu. Cuma ensiklopedia sering mempunyai huraian yang agak mendalam tentang topik yang dibicarakan. Saya melihat kitab ini seperti buku indeks; iaitu menyediakan garis panduan yang memudahkan seseorng untuk mencari maklumat yang dihajati. Salah satu kriteria tersebut jelas terpampang dalam Bahagian Kedua, iaitu kita dapat menelusuri peristiwa-peristiwa berdasarkan tahun demi tahun dan umur Baginda s.a.w. Maka, kita dapat mengenalpasti dengan lebih tepat. Berbanding dengan kitab-kitab sirah, kita terpaksa membaca perenggan demi perenggan untuk mendapatkan penjelasan mengenai peristiwa tersebut. Hal ini amat berguna, terutamanya buat Guru Pendidikan Islam(GPI) mahupun Guru KAFA.

6. Satu ciri yang sering membantu pembaca, yang ada dalam karya al-Fadhil Ustaz Muhadir adalah nota kaki. Beliau menyediakan nota kaki yang komprehensif, setidak-tidaknya menjelaskan sesuatu dengan memadai kita mengetahuinya dan bermanfaat sebagai penunjuk arah rujukan selanjutnya. Banyak dihuraikan berkenaan tokoh di kalangan Sahabat, dan juga huraian lanjut peristiwa tersebut.

7. Sering disentuh dalam buku ini adalah berkenaan dengan Asbabun Nuzul, iaitu sebabnya turunnya sesuatu wahyu daripada Allah dengan ayat-ayat al-Quran. Al-Fadhil Ustaz mengaitkan sesuatu peristiwa kadangkala telah menyebabkan turunnya ayat-ayat al-Quran tertentu pada sesuatu peristiwa tersebut.

8. Ilustrasi amat menarik. Saya berharap jika ada ulang cetak, agar lebih banyak gambar berkaitan dengan peninggalan Nabi Muhammad s.a.w dan tempat bersejarah diselitkan. Para guru mahupun ibubapa akan lebih mudah menyampaikan dan menggambarkan kepada anak didik mereka apabila bercerita tentang Rasulullah s.a.w. Sungguh, dengan melihat perkara-perkara tersebut akan menimbulkan azam untuk ke sana dan menziarahi Nabi Muhammad s.a.w!


Miliki Buku Ini!

al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll ketika diwawancara
oleh KOSMO! di pautan ini.
Jika ada peluang dan ruang, maka tataplah buku ini. Buku ini adalah tinggalan yang amat berharga buat kita daripada pengarang. Moga dengan berkatnya buku ini dalam mengisahkan Nabi Muhammad s.a.w, maka dengan itu kita harapkan buah kenal itu benar-benar menjadi cinta yang akhirnya menjadi ketaatan! Sebagai penutup, mari kita renung seruan seorang ahli ilmu dalam mengkomentar buku ini, daripada Ustaz Dr. Nima Jehtae, salah seorang warga pendidik Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM):

“Sesunnguhnya adalah menjadi tugas dan cabang kegiatan dakwah, mengkaji, membongkar, dan mempersembahkan khazanah as-Sirah Nabawiyyah kepada golongan pelajar dan umat Islam amnya dengan cara yang mudah dan berkesan. Semoga dengan usaha ini, kita dapat mengenali dengan lebih jelas peribadi Rasulullah s.a.w dan seterusnya kita akan lebih cinta kepada junjugan mujtaba, musthofa Sayyid asy-Syuhada’ wa Mursalin, Nabi Muhammad s.a.w”

Semoga bermanfaat perkongsian kali ini. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w selama-lama tulisan ini ada, moga digandakan sebanyak zarah yang ada di langit dan di bumi, Amiin!

Mari segarkan 'cinta musim bunga' kali ini:



Allahumma Solli wasallim wabaarik ‘alaih!

Bibliografi:
Prof. Dr. Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki, Ustaz Muhadhir bin Hj. Joll (pent.), (2014). Kenal untuk cinta: Biografi lengkap Rasulullah s.a.w. Galeri Ilmu Sdn. Bhd.: Kota Damansara.




[1]Penterjemah kitab asal, iaitu al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll merupakan agamawan muda dari Kpg. Senari, Sarawak. Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau juga pembimbing sebuah majlis ilmu di UIAM, iaitu Majlis Taalim an-Nur. Beliau aktif di Radio ikim.fm dan menulis beberapa buku, antaranya Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama, Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulallah, Keajaiban Firasat dan Q&A bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

[2]Antara tulisan yang memuatkan biografi ulama ulung ini adalah yang dinukilkan oleh anak murid pengarang, Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2005) dalam sebuah buku kecil Syed Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani rahimahullahu ta’ala: Sejarah Hidup dan Dasar-Dasar Pemikirannya. Buku ini adalah bersempena 150 kewafatan beliau. Terbitan Khazanah Banjariah, Maahad Tarbiyah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah.

Gambar ini dimuat naik daripada blog http://anafaqirah.blogspot.com/ pada 22 Januari 2014.

[3]Menurut biografi Buya Maliki yang dikarang oleh anak murid beliau Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam, kitab ini adalah kitab yang paling dekat dengan beliau. Kitab ini menjawab pelbagai persoalan (yang juga melibatkan kekeliruan dalam perkara khilafiyah) dengan tuntas dan mendapat perhatian serta pujian daripada ramai ulama besar Islam. Versi ini adalah terjemahan daripada anak murid beliau, Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki as-Sanusi (pent.), (2008). Mafahim yajibu an-tusohhah(kefahaman yang wajib diperbetulkan). Terbitan Sofa Production: Ampang.

[4] Menurut biografi tersebut, kitab Qul Hazihi Sabili adalah kitab Aqidah yang menjelaskan pegangan keimanan beliau dalam menjawab fitnah yang dilontarkan kepada beliau. Terdapat versi terjemahan yang diterjemahkan oleh Dato’ Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al-Maliki as-Sanusi (pent.), (2008). Qul Hazihi Sabili (Inilah Jalanku). Terbitan Sofa Production: Ampang.

[5] Ini adalah kitab Sirah Nabawiyah yang khusus menghuraikan keistimewaan, kelebihan dan kesempurnaan peribadi Nabi Muhammad s.a.w Rasulullah Penutup segala Rasul. Terdapat versi terjemahan oleh Hasan Baharun (2006). Insan Kamil (Muhammad s.a.w). Victor Agencie: KL.

Terselamat Kerana Tulisan Jawi

$
0
0

Tersebutlah kisah seorang wanita warga emas yang baru sahaja kembali dari Tanah Suci Makkah dan Madinah. Beliau kini dalam umur lewat 70-an, namun masih dikurniakan kesihatan yang baik dan tetap cekal membanting tulang mencari nafkah. Satu ketakjuban adalah di sebalik kehidupan beliau yang tidaklah sesenang orang lain, berkat kegigihan beliau mencari rezeki yang halal, dianugerah pula rezeki menjejakkan kaki untuk melaksanakan ibadah umrah.


Antara cerita yang didengar daripada beliau adalah, pada satu masa semasa beliau berada di Masjid Nabawi s.a.w di Madinah, beliau telah terpisah daripada rombongan. Hendak dicari kembali, terlalu ramai orang berlegar. Maka beliau pun nekad meneruskan perjalanan menziarahi makam Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau bukanlah seorang yang mengerti akan papan tanda dalam Bahasa Inggeris, akan tetapi beliau terpandu dengan tulisan Arab. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pengetahuan beliau yang sudah terbiasa dan mampu membaca tulisan jawi. Ini tidak menghairankan, kerana banyak perkataan ataupun istilah bahasa Arab dikekalkan ejaannya dalam tulisan jawi. Orang yang berumur seperti beliau, lebih kenal dan menghayati Berbahasa Melayu dengan tulisan jawi daripada tulisan rumi. Beliau ‘selamat’ bergerak dari satu tempat ke satu tempat berpandukan pengetahuan tersebut. Alangkah beruntungnya beliau, dapat menjekakkan kaki ke Makam Nabi Muhammad s.a.w yang mulia!

Hal ini mencetuskan diri berfikir dan mengenang akan nasib tulisan jawi di kalangan orang Melayu sendiri. Mengapa? Saya yakin ramai di kalangan ahli masyarakat sudah tidak mengenal huruf apatah lagi tulisan jawi. Pengalaman sebagai guru KAFA melihat sendiri bahawa penguasaan tulisan jawi akan membantu langsung kepada pembiasaan seseorang terhadap bahasa asal tulisan tersebut, iaitu bahasa Arab. Terbiasa dengan bahasa Arab, maka dekatlah seseorang itu dengan al-Quran.

Sumber di pautan ini.
Dalam tulisan jawi, peraturan penulisan adalah, mengekalkan tulisan sesuatu istilah dalam ejaan bahasa Arabnya, melainkan perkataan tersebut sudah terlalu lama beradaptasi dalam ejaan tulisan Melayu. Cendiakawan seperti Tan Sri Prof. Dr. Syed Naquib al-Attas dalam buku Islam dan Sejarah Kebudayaan Melayumengulas bahawa para alim ulama mengadaptasi bahasa Arab kepada bahasa Melayu yang kini dikenal sebagai tulisan jawi. Terdapat 5 huruf tambahan huruf jawi yang lazim terdapat dalam Bahasa Melayu. Bahasa Melayu dan umatnya sekali diangkat dan dimuliakan dengan bahasa tersebut diperkukuhkan dengan bahasa Islam, iaitu Bahasa Arab.

Tulisan jawi-Melayu merupakan tulisan zaman-berzaman yang menjadi kekuatan, identiti dan jatidiri serta wahana penyebaran Islam dengan tersebarnya ilmu pengetahuan yang dikarang oleh para alim ulama Melayu. Tidak dinafikan, selain daripada rangka penulisan perihal asas agama seperti Tauhid (Metodologi Sifat 20 ataupun al-Asya’irah), hukum Fekah, Tasawuf (akhlak), orang Melayu yang bijak pandai menyimpan khazanah yang berharga. Mereka aktif bergiat menulis dalam pelbagai bidang, antaranya, kesusasteraan hikayat, ilmu bedil, ilmu falak, ilmu perubatan, sejarah para nabi dan ketatanegaraan. Selama ratusan tahun, masyarakat Melayu begitu kukuh dan rapat dengan tulisan jawi.

Sumber daripada pautan ini.
Namun demikian, satu fenomena yang dapat diperhatikan adalah ramai di kalangan ahli masyarakat tidak lagi mengenal tulisan jawi dan tidak dapat membaca dengan baik. Justeru, berdasarkan pemerhatian ini, memberi kesan langsung mereka ini akan sukar untuk membaca al-Quran, dan ibadat yang bersangkut paut seperti ibadah solat. Perkara ini amat menyedihkan, kerana terhalang daripada kekuatan yang besar oleh sebab ilmu asas tersebut sudah punah ranah sejak awal-awal lagi.

Nampaknya misi dan visi Stamford Raffles berjaya. Sungguhpun tulang-belulangnya sudah hancur dimamah bumi, namun beliau telah berjaya memisahkan umat Islam Melayu daripada agamanya perlahan-lahan. Ramalan dan pengamatan beliau lebih daripada 200 tahun yang lampau tampak benar, iaitu buta huruf jawi yang bermaharajalela sekarang. Beliau telah memulakan usaha sejak zaman beliau lagi dengan memisahkan umat Islam Melayu daripada tulisannya.

Pada tahun lepas, diri telah berpeluang untuk mengikuti satu kursus pemantapan guru KAFA. Salah satu slot yang ditunggu-tunggu adalah bagaimanakah menggunakan tulisan jawi dengan pengejaan yang tepat. Dalam slot tersebut, sedikit demi sedikit kerisauan semakin membesar. Satu keanehan apabila melihat bahawa pengejaan tulisan jawi yang baru (yang diguna pakai kini dan digunakan di sekolah-sekolah) ini mengguna-pakai kaedah sebagaimana dalam Bahasa Inggeris.

Seorang rakan seangkatan berbisik kepada saya, “Tulisan jawi bukan seperti ini asalnya.”

Mungkin juga saya dapat mengagak maksud beliau, “Saya pun rasa pelik. Mengapa tulisan jawi mesti ikut peraturan seperti Bahasa Inggeris? Ini satu pensekularan tulisan jawi!”

Kami berbisik-bisik. Beliau berkata lagi, “Saya setuju dengan awak. Tulisan jawi adalah tulisan yang sangat rapat dengan Bahasa Arab.”

Tanya saya lagi, “Mengapa?”
Jawab beliau, “Kerana tulisan jawi dahulu ada nahunya yang tersendiri. Sesetengah tulisan jawi dahulu-kala menggunakan baris (baris atas, bawah dan depan) bagi memaksudkan perkataan tersebut.”

Maka saya  pun mengangguk. Tiba-tiba tersedak di hati bahawa nampak sahaja tulisan jawi ini diajar, patut pula tidak memberi kesan kepada pengamalnya. Terbit di hati bahawa nasib tulisan jawi yang mulia ini juga senasib dengan pelbagai persoalan lain dalam kehidupan kita, mengalami proses pensekularan yang dahsyat, iaitu pemisahan segala sesuatu daripada ruh keagamaannya.

Justeru saya merasakan bahawa perlu ada kesedaran di peringkat orang awam agar kembali semula menitikberatkan penguasaan penulisan dan kelancaran pembacaan tulisan jawi. Satu sebab adalah, umat Islam Melayu mempunyai khazanah warisan yang diperturunkan oleh para alim ulama dan cerdik pandai melalui kitab dan hikayat mereka. 

Mari kita rombak stigma pemikiran kita, bahawa kitab-kitab yang tidak ternilai ini bukanlah semata-mata buat tatapan para penuntut ilmu khususnya di kalangan pelajar pondok/madrasah.  Malah terlebih mustahak, masyarakat juga menemui kembali kekuatan ini. Apakah jalannya? Iaitu menempuh jalan orang-orang terdahulu dengan menghadiri majlis pengajian ilmu, sambil menatap kitab dan di hadapan kita seorang guru. Itulah proses yang telah terbukti menjaga ketuanan Islam zaman-berzaman. Manakan tidak, kitab yang kandungannya berusia ratusan tahun, masih ditatap oleh generasi sehingga hari ini.   

Semoga Allah mengurniakan kita jalan yang benar, dijadikan di sisi kita guru yang benar, dan sampai ke destinasinya dengan kebenaran... amiin. 

Kehadiran TG Syeikh Nuruddin di Miri (2014)

$
0
0

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam buat Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w, Ahli Keluarganya. Moga Allah melimpahi Rahmat atas para Sahabat, para ulama yang muktabar serta orang-orang yang ikhlas mengikuti jalannya sehingga Hari Kiamat.

Menjadi satu anugerah di satu-satu tempat apabila didatangi oleh seorang ulama. Nabi Muhammad s.a.w banyak mengisyaratkan bahawa para ulama yang benar adalah para pewarisnya. Tidak diwarisi oleh para Nabi dan Rasul, melainkan ilmu dan hikmah. Mereka tidak mewarisi harta, akan tetapi mewarisi dan mengamanahkan kepada para ulama agar menjaganya dengan teguh.

Alhamdulillah, moga tercapailah hajat kali ini, bumi Miri bakal diziarahi oleh seorang ulama Nusantara yang disayangi dan disegani, pendidik dan pembimbing umat, iaitu Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki pada 22 (Sabtu) dan 23 (Ahad) Februari 2014 ini.                                                              
Sedikit latarbelakang biografi beliau, didapati di kitab karangan beliau, Martabat Ilmu &; Ulama dan Ringkasan Nasihat Agama & Wasiat Iman:

Beliau dilahirkan pada 1 September 1960 dan berasal dar Banjarmasin, Indonesia. Kemudian, beliau dan keluarganya menetap di Tanah Suci Makkah pada tahun 1974. Pada tahun 1983, beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir di peringkat ijazah Sarjana Muda dalam bidang Syariah Islamiah.       

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar, beliau menumpukan perhatian untuk mencurahkan ilmu kepada ribuan penuntut yang datang dari Asia Tenggara, termasuklah Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menimba ilmu di sana, sehingga beliau telah mendapat gelaran al-Azharus Tsani (al-Azhar yang Kedua), satu gelaran yang terhormat dan tulus daripada masyarakat Universiti al-Azhar sendiri. 

Antara keistimewaan beliau ialah beliau mewarisi metodologi pengajian berasaskan sanad. Menurut al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll, antara keistimewaan menghadiri majlis beliau adalah keutamaan menjaga adab dalam majlis ilmu. Peranan Syeikh sebagai pendidik menekankan disiplin kepada para pendengar dan penuntut agar menghormati majlis ilmu yang sedang berjalan.

Beliau telah menubuhkan rangkaian pondok di Bogor, Indonesia, Kelantan, Kedah, dan Johor. Setakat ini, beliau telah menghasilkan lebih 80 buah buku dan manuskrip, termasuklah 40 Mutiara Hadith daripada 40 Buah Kitab, al-Ilhatah - Menyingkap Persoalan Haid, Nifas dan Istihadah, at-Tamassuk bil Kitab was-Sunnah dan banyak lagi.

Syeikh Nuruddin merupakan seorang ulama yang tinggi ilmunya. Namun demikian, seperti yang dinyatakan tadi, beliau sangat menjaga adab dalam majlis ilmu. Inilah keistimewaan beliau, dalam mendisiplinkan masyarakat agar meraih barakah dengan menjaga adab-adabnya. Ini kerana, berkat ilmu yang disampaikan adalah dengan menjaga adab-adab yang diajar oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w dan para ulama.

 Pesan beliau tentang kepentingan menjaga adab menuntut ilmu dalam 'Kata-kata Aluan' buku Q&A Bersama TG Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki (yang disusun oleh anak murid beliau al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Hj. Joll):


"Saya ingin mengingatkan para penuntut ilmu agar menjaga adab ketika menuntut ilmu kerana ilmu tidak akan diperoleh dan ia tidak akan bermanfaat kecuali setelah memelihara adab-adabnya dan memuliakan ahlinya (para guru / masyaikh) dan orang yang menyibukkan diri dengannya.
Ramai penuntut ilmu pada zaman sekarang tidak sampai kepada tujuan yang dimaksudkan, malah terhalang daripada mendapat manfaat-manfaat ilmu dan buahnya - iaitu beramal dan berdakwah dengannya. Mereka seperti yang disebutkan oleh Syeikh az-Zarnuji:
'Sesungguhnya mereka telah tersalah jalan-jalannya (ilmu) dan meninggalkan syarat-syaratnya. Setiap yang tersalah jalan, dia tersesat. Dan tidak akan mendapat apa yang dimahunya sama ada sedikit atau banyak.'"
Berdasarkan pengalaman sebelum ini di Bintulu (Disember 2012) dan semasa belajar di Semenanjung Malaysia, beberapa saranan ingin saya anjurkan sebagai panduan ketika berada dalam majlis beliau. Beberapa cadangan ini adalah bagi melancarkan perjalanan program. Semuanya pernah ditegur oleh Syeikh untuk mendidik pendengarnya yang tersilap pandang dalam menjaga adab majlis ilmu: 


1. Niat belajar ikhlas kerana Allah.

2. Matikan telefon anda, ataupun dalam mod senyap. Jangan melayan telefon ataupun seumpamanya. Jika mahu juga melayan telefon, sila keluar dari lingkungan pengajian untuk berurusan.

3. Tumpukan perhatian anda sepenuhnya dalam majlis. Jangan bercakap dengan sesiapa di sebelah anda. 

4. Jika anda anda anak-anak kecil, kawal mereka agar tidak terlalu bising bermain sehingga mengganggu perhatian majlis. Apatah lagi bermain-main dan berlari-lari.

Ayuh, bawalah ahli keluarga, jiran tetangga, komuniti, rakan sepejabat dan sahabat-sahabat anda untuk menghadiri taman-taman syurga iaitu majlis ilmu...

Sebelum terlupa, jika ada wang lebihan bulan ini, bawalah untuk membeli kitab-kitab al-Fadhil Syeikh yang selalunya dijual ketika program berjalan. Bawalah sebagai ole-oleh untuk ditatap dan disimpan sebagai khazanah yang digunakan sehingga ke generasi-generasi mendatang. Amiin... 

Sebarkan makluman program ini. Semoga kita juga mendapat kelebihan beramal kerana memaklumkan para pencari majlis ilmu ini. 


Mohon maaf atas salah dan silap. Sekian, terima kasih. 

                   



Si Alim Yahudi Menduga Nabi Muhammad s.a.w

$
0
0
   
                       
Seorang yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Bersamanya ada seorang teman dan seorang penunjuk jalan. Setelah penghuni kota di padang pasir itu berhari-hari menanti, maka tibalah detik yang ditunggu-tunggu. Maka seluruh penduduk yang telah mendengar perkhabaran keberangkatannya dari jauh masing-masing ingin melihat sosok peribadi agung yang menjadi buah mulut. Kota Yathrib dahulunya tidak dikenal, menjadi bercahaya dengan kehadiran seorang insan Agung yang membawa Rahmat ke serata alam. Orang itu adalah Penghulu Mutlak Dunia dan Akhirat, Pemberi Syafaat dan pembawa obor kebenaran, iaitu Sayyiduna Nabi Muhammad s.a.w.

Tibanya Nabi Muhammad s.a.w membawa nafas baru buat warga Kota Madinah. Buat sekian lama, penduduk Madinah di kalangan suku Aus dan Khazraj bertelagah menjadi bersatu. Kaum Muhajirin yang berhijrah dari Kota Mekah disatukan dengan kaum Ansar di Madinah. Satu masyarakat baru terbentuk, dengan penganut agama Islam dan bukan Islam boleh bersama. Termasuk juga orang Yahudi.

Orang Yahudi[1] telah mengetahui perkhabaran tentang Rasul terakhir yang akan diutus Tuhan. Seringkali mereka mengugut orang Arab bahawa kedatangan Rasul itu akan membawa kemenangan buat mereka[2]. Mereka mengenal Nabi dan Rasul itu sepertimana mereka kenal anak-anak sendiri.[3]Tetapi jangkaan dan harapan itu ibarat fatamorgana di padang pasir. Rasul itu bukan daripada bangsa Yahudi, tetapi kaum Arab daripada jalur keturunan Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim.

Oleh sebab itu, orang Yahudi menyimpan dendam terhadap Sang Rasul. Ada yang menyakitinya[4], ada juga mengkhianatinya[5], bahkan ada juga yang beriman kepadanya[6].

Tersebutlah kisah ada seorang alim Yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Ia menceritakan, “Tidak ada tanda nubuwah (kenabian) yang saya tidak lihat pada diri Rasulullah s.a.w melainkan dua tanda yang saya tidak berkesempatan mengujinya, iaitu

1. Hilm (lembutnya) mengatasi kemarahannya.

2. Semakin kasar seseorang itu semakin sabar Baginda terhadapnya.”

Maka orang Yahudi Zaid bin Sa'nah ini langsung ke majlis Rasulullah s.a.w untuk mencari jalan menguji tanda-tanda yang diingininya itu. Ketika itu beliau masih lagi beragama Yahudi dan belum memeluk Islam.[7]

Pada suatu hari, Nabi Muhammad s.a.w telah keluar berjalan bersama Sahabat Baginda s.a.w Sayyidina Ali k.w.j[8]. kemudian seorang Arab Badwi[9]telah datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. Katanya kepada Nabi s.a.w, “Ya Rasulullah, kaum saya telah memeluk Islam. Saya beritahu, mereka akan terima rezeki melimpah ruah apabila memeluk Islam tetapi kini mereka ditimpa kemarau. Saya takut mereka akan tinggalkan Islam. Jika pandangan ini baik, saya saran agar tuan membantu mereka.”

Baginda kemudian memandang Sayyidina Ali. Lantas beliau menjawab, “Wahai Rasulullah s.a.w, waktu ini kita tidak memiliki apa-apa.”

Maka Zaid bin Sa'nah menemui peluang yang baik untuk mengetahui dua ciri kenabian Rasulullah s.a.w yang diingininya tadi. Seraya ia berkata, “Wahai Muhammad, jika kamu boleh beri aku tamar (kurma) dari kebun si fulan, aku akan bayar harganya sekarang dan mengambil tamar itu apabila ia masak nanti.” Zaid bin Sa’nah menawarkan pinjaman kepada Rasulullah s.a.w bagi meringankan beban orang Badwi itu.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w bersetuju sekiranya Baginda s.a.w tidak dikenakan syarat. Katanya, “Saya bersetuju dan membayar sebanyak 80 mithqal emas[10].

Emas tersebut diberi kepada orang Badwi itu oleh Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w berpesan agar berlaku adil dan memenuhi keperluan kaumnya dengan emas itu. Zaid kemudiannya mengatakan kepada Baginda s.a.w akan mengambil tamar itu setelah 2 atau 3 hari.

Beberapa hari setelah itu, Zaid bin Sa’nah pergi menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w sedang berdiri di tepi telaga setelah kembali daripada urusan jenazah bersama Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq[11], Sayyidna Umar al-Khattab[12]dan Sayyidina Uthman bin ‘Affan[13]radiallahu ‘anhum[14].

Zaid dengan sengaja mengejek Nabi Muhammad s.a.w dan memegang kain Baginda s.a.w. Lantas Zaid pun berkata, “Wahai Muhammad, bila kamu mahu bayar hutang saya? Saya bersumpah bahawa saya kenal anak cucu Abdul Muttalib[15]. Kamu memang liat melangsaikan hutang.”

Sayyidina Umar segera menjawab, “Wahai musuh Allah, apa yang kamu celakan? Saya akan pancung kepala kamu.”

Rasulullah s.a.w memandang kepada Zaid dengan tenang. Sambil tersenyum kepada Sayyidina Umar, Baginda s.a.w bersabda kepadanya, “Wahai Umar, saya dan orang ini perlu suatu yang lain daripada itu. Dia sepatutnya menasihati saya dan menuntut haknya dengan sopan. Pergi dan bayarlah haknya dan tambah 20 saa’[16] sebagai ganti marah kamu.”

Sayyidina Umar pun akur akan suruhan Nabi Muhammad s.a.w. Beliau membawa Zaid bin Sa’nah pergi dan membayar seperti yang diberitahu. Zaid telah diberikan 20 saa’ seperti yang dijanjikan.

Lantas Zaid bertanya, “Untuk apa 20 saa’ ini?”

Jawab Sayyidina Umar, “Ini adalah perintah Rasulullah s.a.w.”

Tanya Zaid kembali, “Umar, adakah kamu kenal siapa saya?”

“Tidak,” balas Umar.

Berkata Zaid, “Aku ialah Zaid bin Sa’nah.”

Tanya Umar, “Orang alim Yahudi itu?”

Zaid menjawab, “Ya, saya adalah orang itu.”

Umar mahukan penjelasan, “Mengapa kamu biadab terhadap Rasulullah s.a.w?”

Jawab Zaid kembali, “Ada dua tanda nubuwwah yang belum aku lihat pada Baginda (s.a.w). iaitu Hilm (kelembutannya) melebihi kemarahannya dan semakin kasar seseorang itu semakin sabar Baginda (s.a.w) terhadapnya. Kini saya telah uji dua tanda tersebut maka kamu jadi saksi bahawa saya memeluk Islam.”

Kata Zaid lagi, “Saya beri separuh harta saya sebagai sedekah kepada ummah.”

Sesudah itu Zaid bin Sa’nah pun pergi menemui Rasulullah s.a.w dan mengucap dua kalimah syahadah. Si Alim Yahudi itu telah menyertai pelbagai misi jihad dan syahid dalam Perang Tabuk[17].

Kisah ini dipetik dan diadaptasi daripada kitab Kitab Shamail Tirmidhi: Khasail Nabawi Syarah Syamail Muhammadiyah dalam bab ke-47, iaitu tentang Akhlak dan Pekerti Rasulullah s.a.w, hadith ke-330. Kitab yang menghuraikan kitab hadith Syamail Muhammadiyah susunan Imam Tirmizi tersebut dikarang oleh seorang ulama hadith ulung dari India, iaitu al-Allamah al-Muhaddith Hazrat Maulana Zakariyya al-Kandahlawi.

Marilah kita renung dan ambil iktibar. Selaku umat Nabi Muhammad s.a.w, hendaklah kita sedaya upaya mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan larangan Baginda s.a.w. Mencintai Allah adalah dengan makna mencintai Rasulullah s.a.w. Baginda adalah pintu dan jalan untuk kita sampai kepada Allah S.W.T. Semoga kita tergolong dalam golongan yang amat mencintai dan merindui Baginda s.a.w. Kita tutup dengan beberapa rangkap syair masyhur nukilan Imam al-Busiri[18]daripada Qosidah al-Muhammadiyah:


Nabi Muhammad s.a.w itu adalah sebaik-baik orang Arab dan Ajam,                                                     Nabi Muhammad s.a.w itu adalah sebaik-baik orang yang berjalan,

Nabi Muhammad s.a.w itu penyebar perkara makruf dan berakhlak dengannya,                                                     
Nabi Muhammad s.a.w itu seorang yang memiliki ihsan dan kemuliaan.

Nabi Muhammad s.a.w itu adalah mahkota para pesuruh Allah sekaliannya,                                         Nabi Muhammad s.a.w itu adalah benar dalam kata-kata dan bicaranya.

Nabi Muhammad s.a.w itu benar dalam janji bahkan sentiasa menjaganya,                                           Nabi Muhammad s.a.w itu mempunyai akhlak yang terpuji dan baik sifatnya.[19]

Allahumma solli wasallim wabaarik ‘alaih!




[1] Orang Yahudi adalah kaum yang berketurunan daripada susur galur Nabi Ishak a.s. Ketika Rasulullah s.a.w tiba di Kota Madinah, terdapat tiga kabilah (suku) bangsa Yahudi, iaitu Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah. Mereka telah berjanji setia kepada Nabi Muhammad s.a.w dalam perjanjian Sahifah Madinah. Lantaran kedengkian dan memusuhi Nabi s.a.w dan umat Islam, maka Allah telah mengusir mereka dari Madinah. Boleh rujuk kitab Fiqhus Sirah karangan as-Syahid Syeikh Sa’id Ramadhan al-Buthiy.

[2] Dikisahkan dalam terjemahan kitab Sirah Nabawiyah ibnu Hisyam, seorang Sahabat Nabi s.a.w (ahli Perang Badar) iaitu Salamah bin Salamah bin Waqqasy menceritakan orang Yahudi mengancam orang Arab. Tetapi akhirnya orang Yahudi sendiri yang mengingkari Nabi s.a.w. Syeikh Abu Muhammad Abdul Malik bin Hisyam, (2009). Sirah nabawiyah ibnu Hisyam, Jilid 1, m/s 188-189. Al-Hidayah Publication: Selangor.

[3] Allah berfirman, “ Orang-orang yang telah Kami beri kitab (Taurat dan Injil) mengenalnya (Nabi Muhammad s.a.w) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian mereka pasti menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui (nya).”(Surah al-Baqarah, 2:146)

[4] Antara kisah tersebut adalah Nabi Muhammad s.a.w disakiti oleh seorang Yahudi tua yang buta. Setiap hari Baginda s.a.w memberinya makanan sedangkan Yahudi buta itu mencelanya. Sehinggalah kewafatan Baginda s.a.w, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah cuba melakukan perkara yang serupa, tetapi ditolak oleh Yahudi itu. Barulah Yahudi tua itu menyesal, rupa-rupanya yang memberinya selama ini adalah orang yang paling ia benci dan menghinanya. Lantas, orang Yahudi itu memeluk Islam dengan santun dan budi pekerti Rasulullah s.a.w walaupun Baginda s.a.w telah wafat.

[5] Ketiga-tiga Bani Qainuqa’, Bani Nadhir dan Bani Quraizah telah terang-terang mengkhianati Allah dan Rasulullah s.a.w. Antaranya adalah ketika Nabi s.a.w berunding di perkampungan Bani Nadhir, seorang Yahudi cuba membaling sebuah batu besar dari tembok, tetapi Allah telah mengkhabarkan kepada Nabi s.a.w. Akhirnya suku kaum itu juga diusir dengan hina. Boleh rujuk kitab sirah al-Raheeq al-Maktum karangan Syeikh Sofiy al-Rahman a-Mubarakfuri.

[6] Antara orang Yahudi yang beriman kepada Baginda s.a.w ialah Abdullah bin Salam. Beliau merupakan seorang rahib dan pendeta Yahudi. Apabila disebutkan nama Nabi Muhammad s.a.w, beliau sudah pun mengetahui ciri-ciri Baginda s.a.w, nama Baginda s.a.w, dan merupakan seorang rasul yang ditunggu-tunggu. Setelah mengetahui ia memeluk Islam, orang Yahudi menolak dan memakinya. Ibid, Sirah nabawiyah ibnu Hisyam, Jilid 1, m/s 501-502.

[7] Kisah yang indah ini diceritakan oleh dalam Kitab Shamail Tirmidhi: Khasail Nabawi Syarah Syamail Muhammadiyahyang dikarang oleh seorang ulama hadith ulung dari India, iaitu al-Allamah al-Muhaddith Hazrat Maulana Zakariyya al-Kandahlawi. Kitab ini merupakan kitab syarah (huraian) kepada kitab hadith Syamail Muhammadiyah yang disusun oleh Imam Tirmizi. Kitab ini memaparkan peribadi Nabi Muhammad s.a.w secara menyeluruh. Imam Ali bin Sultan al-Qari r.m.h (w. 1014H/ 1605M) mengungkapkan kitab Syamail tersebut dengan, “Di antara kitab yang terbaik berkenaan peribadi dan budi pekerti Rasulullah s.a.w ialah Kitab Imam Tirmizi; isinya ringkas, padat, bab demi bab perikehidupannya lengkap seakan kita berhadapan dan melihat keindahan peribadi Baginda Rasulullah s.a.w.”

Boleh mengetahui lanjut biografi Hazrat Maulana Zakariyya Kandahlawi pautan blog ini yang mengulas ringkas berkenaan kitab yang masyhur di negara kita, iaitu Fadhilat Amal ataupun Fadha’il Amal. Sila rujuk di pautan ini.

[8]Sayyidina Ali bin Abu Talib bin Abdul Muttalib bin Hasyim k.w.j merupakan sepupu dan menantu Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Ulama meletakkan darjat beliau adalah manusia keempat yang paling mulia setelah Nabi Muhammad s.a.w (iaitu empat Khalifah ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Saiyyidina Umar al-Khattab, Sayyidina Uthman bin ‘Affan dan Sayyidina Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah (Allah memelihara wajahnya – kerana tidak pernah bergelumang dengan aktiviti zaman jahiliah).

Beliau memeluk agama Islam ketika usia kanak-kanak lagi. Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah Khalifah Uthman bin ‘Affan syahid dibunuh oleh pemberontak. Sayyidina Ali terkenal dengan keberanian beliau. Keberanian tersebut terserlah ketika beliau menjadi galang ganti kepada Rasulullah s.a.w untuk tidur di pembaringan, ketika rumah Baginda s.a.w dikepung oleh perajurit bangsa Arab Quraisy. Beliau wafat pada 17 Ramadhan tahun 40 Hijrah setelah dibunuh oleh pemberontak.

Rujukan, al-Allamah Muhammad bin Mukhtar ibn ‘Atorid r.m.h, Syeikh Muhammad Fuad bin Hj. Kamaludin al-Maliki as-Sanusi (pent.), (2008). I’tiqad ahli sunnah wal jama’ah, m/s 254-257. Sofa Production: Ampang.

[9] Orang Arab Badwi merujuk kepada orang di pedalaman tanah Arab.

[10] Menurut pandangan masyhur, 1 mithqal = 100 gram atau 4½ maasha kira-kira 4½ gram. Ibid, Syamail, m/s 346.

[11]Sayyidina Abu Bakar as-Siddiqmerupakan Sahabat yang paling ulung di sisi Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan Sahabat sejati, pembantu dan juga mertua. Beliau dilantik oleh umat Islam sebagai Khalifah pertama yang menggantikan Rasulullah s.a.w untuk urusan umat. Disebutkan bahawa beliau mempunyai banyak kelebihan lantaran hampirnya dengan Baginda s.a.w dan ketinggian ketaqwaan beliau. Ulama Ahli Sunnah wal Jamaah sepakat bahawa beliau adalah orang yang paling mulia setelah Rasulullah s.a.w. Beliau wafat 13 Hijrah, setelah 3 tahun 7 bulan memerintah Daulah Islam. Ibid, I’tiqad ahli sunnah wal jama’ah, m/s 238 – 244.

[12]Sayyidina Umar al-Khattab adalah pendamping, Sahabat setia dan pelindung Nabi Muhammad s.a.w. Beliau digelar Abu Hafs (Bapa Singa) lantaran kehebatan dan ketegasan beliau. Beliau merupakan seorang pahlawan dan membela Rasulullah s.a.w pada hampir setiap masa. Merupakan seorang yang amat cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w, beliau berhijrah seorang diri, tanpa tentangan daripada musyrikin Quraisy Mekah walaupun dicabar. Beliau menjadi khalifah kedua setelah kewafatan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Pemerintahan beliau selama 10 tahun 6 bulan 4 hari. Wilayah Daulah Islam telah tersebar luas, termasuk kawasan Kerajaan Parsi dan Rom. Beliau akhirnya telah ditikam boleh Abu Lu’lu’ah, seorang beragama Majusi dan wafat pada 23 Hijrah. Ibid, I’tiqad ahli sunnah wal jama’ah, m/s 244-249.

[13]Sayyidina Uthman bin ‘Affan dikenal sebagai seorang Sahabat Rasulullah s.a.w yang lemah lembut dan dermawan. Beliau adalah menantu Nabi s.a.w. Nabi s.a.w mengungkapkan bahawa beliau disegani oleh penduduk langit. Beliau dilantik oleh umat sebagai khalifah pada tahun 24 Hijrah dan memerintah selama 11 tahun 11 bulan 29 hari. Separuh awal pemerintahan beliau dalam keadaan makmur. Tetapi dalam separuh kedua pentadbiran, pemerintahan dikucar-kacirkan oleh pemberontak, antaranya adalah seorang Yahudi yang memeluk Islam tetapi munafik, iaitu Abdullah bin Saba’. Akhirnya Sayyidina Uthman telah diserang di dalam rumah dan syahid pada tahun 35 Hijrah. Abdullah bin Saba’ diangkat oleh golongan Syiah sebagai pengasas kepada gerakan fahaman menyeleweng tersebut. Ibid, I’tiqad ahli sunnah wal jama’ah, m/s 250 - 254.

[14] Menjadi amalan adab kita umat Islam majoriti, iaitu Ahli Sunnah wal Jamaah menyebutkan ungkapan ini sebagai tanda penghormatan dan doa kita kepada mereka, iaitu golongan Sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Para ulama mengingatkan bahawa para Sahabat ini meskipun ada kelemahan, hendaklah mereka dihormati, diingati dan dipertahankan, kerana Nabi Muhammad s.a.w ada menyebut akan kelebihan-kelebihan mereka dan memberi amaran bagi sesiapa yang menolak dan mencela mereka. Hendaklah berhati-hati dan elakkan terjebak daripada golongan Syiah yang amat membenci para Sahabat. Fahaman mereka jelas menyeleweng bukan sahaja dalam mencela Sahabat, akan tetapi juga dalam pegangan akidah. Boleh rujuk temberang fahaman Syiah melalui buku Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni, (2013). Agenda politik syiah: Dendam warisan dalam mencai pemimpin umat. PTS Milennia Sdn. Bhd.: Gombak.

[15] Abdul Muttalib bin Hisyam bin Abdi Manaf adalah nenda kepada Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah daripada susur galur bangsa Arab Quraisy yang disegani dan dihormati. Wafat ketika usia Nabi Muhammad s.a.w 8 tahun.

[16] Lebih kurang 66.5 kg. Ibid, Syamail, m/s 347.

[17] Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun ke-9 Hijrah. Angkatan perang yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w bersama 30, 000 para Sahabat berangkat ke Tabuk. Mereka mara kerana mendapat berita kemaraan 40, 000 tentera Rom (Byzantin) yang mahu menakluk kota Madinah. Ketika itu adalah puncak musim panas dan kaum Muslimin menghadapi keadaan yang sulit. Pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom sudah pun meninggalkan perlawanan.

[18]Seorang ulama yang masyhur dengan karangan Qosidah Burdah yang indah, Imam al-Busiri lahir di Mesir pada 608 Hijrah / 1212 Masihi dan wafat pada 696 Hijrah / 1300 Masihi. Ulama menukilkan bahawa beliau adalah seorang ulama tasawuf yang tinggi ilmunya.

[19] Imam al-Busiri, Ahmad Lutfi bin Abdul Wahab al Linggi (pent.) (2009). Qosidah al-burdah Imam al-Busiri r.m.h: Puji-pujian untuk Rasulullah s.a.w. Mawleed Publishing: Kajang, Selangor.

:: CERITA MINUM AIR NYIUR ::

$
0
0



Tersebutlah kisah dua orang berjalan di pantai. Mereka berasa haus, lantas pergi ke sebuah teratak. Teratak tersebut dikelilingi oleh pohnan nyiur atau kelapa. Terdapat seorang yang sedang berehat di teratak itu. Kedua-dua mereka menghampiri orang itu.

Mereka menyapa orang itu, seraya salah seorang daripada mereka, "Tuan, bolehkah kami meminum air nyiur di kebun tuan?" Dengan rasa kasihan, orang itu pun menyediakan parangnya dan mula memanjat. Maka dilihatlah ketangkasan orang itu memanjat dan mendapatkan dua biji buah nyiur.

Usai turun tuan punya pohon, ia pun menetak-netak buah nyiur. Dalam keadaan yang penat, berpeluh dan terlihat pula terkadang ia digigit kerengga yang menumpang naik, tuan itu berkata, "Buah ini telah saya pilih yang sudah masak, dan enak dan berlemak pula." Ia berbual mesra sehinggalah nyiur itu terbentuk seperti yang sesuai diminum. Terakhir, ia meletakkan straw dan menyerahkan kepada mereka.
 Seorang menerima. Manakala seorang lagi berkata, "Tidak mahu tuan. Saya mahu ambil sendiri!" herdiknya. Tuan itu pun tidak mahu bercakap banyak. "Naiklah," katanya.

Si kawan seorang itu mulanya teragak-agak. Tinggi nampaknya. Dipeluknya batang itu, dipautnya kakinya. Mulanya laju, kemudian perlahan-lahan dan kadang-kadang tergelincir. Baru ia tahu bahawa batang itu licin. Naik sedikit, batang itu bergoyang-goyang ditiup angin. Semakin tinggi, semakin kuat angin menghembus. Ia nekad untuk terus ke atas.

Setibanya di atas, ia dirayap pula dengan makhluk-makhluk kecil tetapi berbisa berwarna merah. Kerengga. Maka kesakitanlah ia digigit. Dalam keadaan yang kucar-kacir itu, ia melihat-lihat, manakah buah yang paling enak? Mana satu? Inilah kali pertama ia naik! Pergelutan dengan kerengga itu, diterpa oleh angin kencang, akhirnya ia terlepas... dan tersungkur di bumi...

Apakah pengajarannya?

Itulah ibarat kita pada dengan ulama pada hari ini. Tuan pohonan nyiur adalah laksana para ulama, iaitu ahli ilmu yang bijak pandai yang berwibawa telah memproses ilmu daripada dua sumber tertinggi, iaitu al-Quran dan Sunnah. Mereka telah bersusah payah untuk mengembara, mendidik, mengarang, menganalisa dan mempertahankan agama. Mereka telah menabur jasa yang besar kepada masyarakat. Dengan keberkatan keikhlasan mereka, segala ajaran mereka yang diturunkan dengan sanad dan ijazah ilmu kepada ahlinya serta kitab-kitab yang dinukilkan selamat tiba kepada zaman kita pada hari ini.

Orang pertama yang meminum air nyiur itu adalah ibarat orang awam yang beradab dengan ulama. Ia tahu bahawa ia tidak berkemampuan dan tidak menahu pun bagaimana memanjat, bertahan dengan cabaran dan buah yang paling ranum. Ia menerima nyiur itu yang hanya siap diminum.

Begitulah juga analogi dalam kehidupan, orang awam yang beradab tahu membezakan antara ulama dan orang awam. Orang awam menghormati yang dibahsakan oleh ulama dan memuliakan mereka lantaran amanah mereka kepada Allah dan Rasul. Oleh itu, ia bersangka baik bahawa para ulama itu berwibawa dan amanah, di sebalik kelemahan mereka.

Orang kedua yang enggan menerima nyiur adalah ibarat orang awam yang 'tidak ukur baju di badan sendiri'. Ia berlaku sombong bertindak sendiri tanpa mempercayai langsung usaha tuan pohonan nyiur. Justeru dengan keyakinan yang melulu, ia pun tergesa-gesa tanpa belajar terlebih dahulu. Meskipun ia sudah sampai di atas, ia masih lagi keliru mana satu buah yang sudah masak atau tidak. Entah sedap atau tidak. Dan kerana tidak tahan cabaran, maka kedangkalannya mengorbankan dirinya.

Begitulah hari ini ada segolongan manusia yang seperti ini, yang tidak melalui proses belajar yang sempurna, belajar sendiri tanpa berguru, maka ia sendiri menjadi keliru, bingung dengan kefahaman ceteknya sendiri. Ulama ataupun guru dicemuhnya lantaran tidak sehaluan dengan fahamannya. Oleh sebab tiada rujukannya melainkan kepada kitab ataupun juga guru yang juga keliru, maka terjadilah kehilangan adab yang membinasakan. Ia merasakan ia berada dalam kebenaran. Tetapi hakikatnya ia sudah tersasar jauh!

Jika kita sedar kita bukan ulama, maka jadilah kita orang awam yang beradab. Usah menjadi orang kedua yang tidak kenal erti budi bahasa...

Moga bermanfaat!
Viewing all 97 articles
Browse latest View live